Khalid Sifatkan Kenyataan Azmin Melampau

Diterbitkan: Rabu, 6 Mei 2015 8:21 PM

Khalid Abu Bakar

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, yang didakwa menggelarnya dengan nama kurang elok baru-baru ini, sebagai melampau.

Khalid berkata beliau telah dimaklumkan mengenai dakwaan Mohamed Azmin dan Persatuan Pegawai Kanan Polis ( Cawangan Pegawai Diwartakan) sudah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu pada Rabu.

"Negara kita ada undang-undang, dan biarlah undang-undang yang menentukan. Saya juga tidak pasti sama ada kertas siasatan berhubung kes itu dibuka atau tidak.

"Cuma kenapa dia (Mohamed  Azmin) tak tanya saya sendiri mengenai sama ada saya 'barua UMNO' atau tidak? Kenapa tanya orang Permatang Pauh?" katanya pada sidang berita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) disini, Rabu.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor didakwa menggelar Khalid sebagai 'barua UMNO' dalam satu ceramah di Permatang Pauh, baru-baru ini.

Ditanya sama ada beliau sedih dengan kenyataan itu, Khalid berkata: "Kamu (wartawan) pun tahu saya sudah banyak kali dikecam seperti ini. Tapi, bagi saya kenyataan Mohamed Azmin kali ini adalah melampau," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan