Rakyat Malaysia Di Sebalik Kem Penyeludupan Manusia Di Songkhla - Tenaganita

Diterbitkan: Rabu, 6 Mei 2015 12:29 PM

Polis mengusung mayat warga Rohingya dalam penemuan lubang kubur di kem pelarian berhampiran sempadan Thailand-Malaysia minggu lalu -foto AP

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Terdapat kemungkinan yang tinggi penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti pemerdagangan manusia berikutan penemuan lubang kubur dipercayai untuk menanam mayat pelarian di Songkhla, Thailand, minggu lalu, kata Tenaganita.

"Daripada testimoni komuniti migran dan pelarian, khususnya masyarakat di Myanmar, Rohingya dan Bangladesh, ramai rakyat Malaysia yang terlibat dalam pemerdagangan orang di sempadan Thailand- Malaysia," kata Pengarah Tenaganita Glorene Das.

Das dalam satu kenyataan e-mel kepada The Star Online pada Selasa berkata ramai pelarian Muslim Rohingya dan Myanmar memaklumkan Tenaganita bahawa selepas tempoh tahanan di kem-kem dan penjara, mereka telah dihantar ke sempadan untuk dijual kepada pengedar dan ejen untuk tujuan seks dan pemerdagangan buruh.

"Berlaku juga banyak kes culik di mana jumlah wang tebusan yang besar diminta oleh pengedar rakyat Malaysia, ejen dan penculik daripada keluarga pendatang dan pelarian.

"Apabila wang tebusan tidak dibayar mengikut permintaan, mereka dibunuh dengan kejam dan ditanam," katanya.

Menurut laporan, kem yang disyaki menjadi kem penyeludupan manusia kedua telah ditemui di selatan Thailand pada Selasa, berikutan pemeriksaan di sebuah gunung di mana 26 mayat ditemui dalam lubang kubur sempit pada hujung minggu.

26 mayat, dipercayai mayat pendatang tanpa izin dari Myanmar dan Bangladesh, ditemui di sebuah kem disyaki kem penyeludupan manusia tersembunyi jauh di dalam hutan di wilayah Songkhla Thailand berhampiran sempadan Malaysia.

Das berkata demikian bagi menjawab kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengenai lubang kubur yang terbongkar.

Wan Junaidi dilaporkan berkata, setakat ini tidak ada bukti menunjukkan bahawa rakyat Malaysia adalah sebahagian daripada sindiket itu.

Das berkata ramai daripada pendatang dan pelarian mendedahkan bahawa mereka terpaksa bekerja tanpa sebarang bentuk imbuhan, sebagai satu cara untuk membayar wang tebusan dan hutang, walaupun ketika sakit.

Mereka meinggal dunia dengan cara yang menyayat hati dengan mayat ditanam atau dibakar.

Das menegaskan bahawa sindiket ini juga melibatkan komuniti Myanmar, Rohingya dan masyarakat Bangladesh di mana modus operandi sindiket tersebut adalah berstruktur dan canggih.

"Kami menggesa pihak berkuasa Malaysia meneruskan siasatan, bekerjasama dengan pihak terlibat dalam mendapatkan bukti yang cukup dan kukuh terhadap sindiket ini supaya mereka boleh didakwa di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran.

"Pemerdagangan manusia merupakan perniagaan yang besar di selatan Thailand, ribuan orang menyeberangi sempadan Malaysia dan Thailand setiap hari," katanya.

Beliau juga menggesa Kementerian Dalam Negeri dan pihak berkuasa lain untuk bersama-sama dengan pemimpin masyarakat dan NGO bagi mengatur strategi mengenai kaedah memerangi pemerdagangan orang, terutamanya untuk menghentikan sindiket daripada menjalankan jenayah di sempadan Thailand-Malaysia.

Seorang jurucakap Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR) Kuala Lumpur berkata, penemuan kubur itu menyedihkan tetapi tidak mengejutkan.

"Ini adalah bukti yang nyata daripada apa yang kita di Malaysia dengar daripada ramai pelarian mengenai amalan kejam dan jenayah penyeludupan manusia dan agen pengedaran di rantau ini.

"Pelarian, secara konsisten telah memberitahu kami tentang penderaan dan keadaan serba kekurangan di dalam bot penyeludup di Teluk Bengal dan di kem-kem hutan di sepanjang sempadan Thai-Malaysia," kata jurucakap itu.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan