PRK Rompin: Puas Hati Walau Majoriti Merosot - Hasan

Diterbitkan: Rabu, 6 Mei 2015 7:52 AM

Datuk Hasan Arifin.

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin tetap berpuas hati dengan kemenangannya walaupun gagal mempertahankan majoriti 15, 114 yang diperolehi penyandang Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis sebelum ini.

Beliau berkata pengurangan majoriti undi itu disebabkan peratusan keluar mengundi yang merosot selain isu cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan Felda yang dibangkitkan pembangkang dalam kempen mereka.

"Saya puas hati (keputusan) kerana ini adalah Pilihan Raya Kecil (PRK), cuti yang panjang. Jadi kita lihat peratus pengundi keluar turun.

"Dalam konteks hari ini dengan pelbagai isu secara kebetulannya isu GST, Felda... ia isu penting dalam pilihan raya. Secara kebetulan GST baharu dilaksanakan dan kebetulannya PRK diadakan di Rompin," katanya.

Jelas beliau, apa yang penting kemenangan itu membuktikan bahawa masyarakat di kawasan ini yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri.

"Ia petanda keyakinan pengundi kepada kepimpinan Najib. Ini perkara pokok," katanya.

Ketika ditanya apa rancangan selepas ini, Hasan memberitahu beliau akan bertemu pengundi pada Rabu untuk mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mewakili suara mereka di Parlimen.

"Insya-Allah saya akan turun bertemu penduduk untuk mengucapkan terima kasih di atas sokongan mereka," katanya.

Sementara itu, beliau turut akan mengotakan janjinya dengan tumpuan diberikan kepada pembangunan generasi muda dan memajukan sektor pertanian di kawasan ini.

"Saya tidak akan mengabaikan harapan rakyat. Sepanjang berkempen sedikit sebanyak sata memahami, menyelami permasalahan, rungutan dan isu yang dibangkitkan pengundi," katanya.

Pada PRK kali ini, Hasan menewaskan calon PAS, Nazri Ahmad dengan mendapat majoriti 8,895 undi.

Hasan memperoleh 23, 796 undi manakala Nazri 14,901 undi.
Tags / Kata Kunci: Datuk Hasan Arifin , PRK Rompin , GST , Felda

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan