P.Pinang Rancang Perkhidmatan Pengangkutan Feri Pantai

Diterbitkan: Rabu, 6 Mei 2015 9:33 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Perkhidmatan feri pantai dengan beberapa terminal untuk memberi kemudahan kepada kenderaan dan orang ramai berulang-alik dari satu lokasi di pulau ke lokasi lain di sekitar Pulau Pinang mungkin menjadi kenyataan pada dekad akan datang.

Ini berikutan kesediaan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) untuk menyerahkan perkhidmatan feri kepada kerajaan negeri.

Sumber dalam kerajaan negeri berkata idea itu timbul tahun lepas semasa pembangunan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang.

"Pelan tersebut adalah untuk membina terminal untuk feri berulang-alik di antara Butterworth, George Town, Gurney Drive, Gelugor dan Bayan Mutiara berhampiran Queensbay Mall," kata sumber itu.

Satu lagi sumber dalam Majlis Pengangkutan Pulau Pinang berkata idea seperti itu 'sangat baik kerana ia mudah untuk dilakukan'.

"Kita tidak perlu membina jalan raya, hanya bina terminal dan kemudian gunakan persekitaran laut. Ia akan menjadi lebih murah berbanding membina lebih banyak jalan raya di pulau."



Sumber itu berkata pelan itu termasuk feri berkelajuan tinggi untuk penumpang sahaja dan juga feri yang akan mengangkut kereta, motosikal dan basikal.

"Ini akan memainkan peranan yang besar dalam mengurangkan kesesakan trafik di bahagian pulau."

Sumber itu menambah, perkhidmatan feri seperti itu terkandung dalam Tahap Empat pelan induk pengangkutan, yang diunjurkan berjumlah RM11.7 bilion.

Ketika mengalu-alukan kesediaan PPC untuk menyerahkan perkhidmatan feri, Ketua Menteri Lim Guan Eng telah meminta permit untuk pembelian 30 feri tambahan untuk perjanjian itu.

Beliau berkata rancangan perkhidmatan feri pantai akan diteroka dengan lebih terperinci selepas perkhidmatan feri telah diserahkan kepada negeri.

"Untuk menjadikan perkhidmatannya berdaya maju, kita mesti mempunyai skala. Sebab itulah kami meminta untuk 30 feri untuk beroperasi. Jika terlalu sedikit yang kita ada, maka ia tidak akan berdaya maju."

Sementara itu, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Penang Port Sdn Bhd (PPSB) Datuk Mohd Sidik Shaik Osman berkata idea itu baik jika terdapat permintaan untuk pengangkutan awam seperti itu.

"Walau bagaimanapun, dalam keadaan sekarang di mana tambangnya dikawal dan dikekalkan pada paras yang sangat minimum, dari segi ekonomi saya tidak pasti jika ia masuk akal. Ia hanya akan berdaya maju jika pengendali diberikan bantuan atau subsidi kerajaan, atau diberi peluang untuk menetapkan sendiri tambang mereka."

Mohd Sidik juga berkata, berdasarkan pengalaman Pelabuhan Pulau Pinang, perairan sekitar pulau itu boleh menjadi tidak menentu pada masa tertentu dalam setahun dan keselamatan adalah amat penting.

PPSB adalah pemilik semasa dan pengendali feri Pulau Pinang.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan