KWSP: Sokongan Padu Kekalkan Opsyen Pengeluaran Sedia Ada

Diterbitkan: Rabu, 6 Mei 2015 4:47 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan awal Rundingan Awam bagi Inisiatif Penambahbaikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menunjukkan sokongan terhadap pilihan untuk mengekalkan pengeluaran penuh pada usia 55 tahun serta inisiatif lain.

Rundingan awam terbesar di negara ini yang ditutup pada Rabu selepas berjalan selama dua minggu mulai 21 April 2015, menerima 96,448 respons daripada ahli, kata KWSP dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata keputusanrundingan itu akan dianalisis dan dibentangkan pada mesyuarat lembaga pengarah KWSP untuk penghuraian dan perbincangan mengenai tindakan seterusnya yang akan diambil untuk penambahbaikan.

"Inisiatif penambahbaikan itu melibatkan perubahan polisi utama, dan sangat penting untuk kami berhubung dengan ahli melalui rundingan awam seperti ini memandangkan kami tidak akan membuat sebarang keputusan tanpa memperoleh maklum balas mereka.

"Kami juga telah mengambil peluang untuk berunding dengan organisasi berkepentingan termasuk Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, Persekutuan Majikan-majikan Malaysia, Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia dan parti-parti politik," katanya.

Dalam menyampaikan penghargaan kepada ahli atas pembabitan dalam rundingan ini, Shahril memberi jaminan bahawa hasil keputusan rundingan itu akan diumumkan secepat mungkin setelah dibentangkan pada mesyuarat lembaga pengarah.

"Berikutan kejayaan rundingan ini dan penglibatan menggalakkan dalam kalangan ahli, KWSP akan menggunakan platform rundingan seperti ini untuk berhubung secara aktif dengan ahli bagi melaksanakan inisiatif lain yang berkaitdengan aspek kebajikan persaraan mereka," katanya.

Sepanjang tempoh itu juga, Shahril berkata ramai ahli KWSP mengambilkesempatan untuk mengakses maklumat menerusi laman web KWSP dan i-Akaun selain membuka akaun baharu i-Akaun.

Tags / Kata Kunci: KWSP , 55 tahun

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan