Suhaimi Yakin Pengundi Permatang Pauh Mahukan Perubahan

Diterbitkan: Rabu, 6 Mei 2015 2:48 PM

Suhaimi berpuas hati dengan bacaan tekanan darahnya ketika menghadiri program di Bukit Mertajam. Turut hadir isterinya, Firyal Harlina Napiah.

(Ubah saiz teks)

MENYIFATKAN dirinya sebagai calon underdog, Setiasusaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin tekad untuk membawa perubahan di Permatang Pauh.

Senang membahasakan dirinya sebagai Mie atau Abang Mie, calon muka baharu berusia 44 tahun itu meletakkan harapan tinggi kepada pengundi Permatang Pauh supaya memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk kembali berkhidmat.

Selepas 12 hari berkempen, gelombang perubahan mula dirasai apabila kebanyakkan pengundi yang ditemui menyuarakan harapan kepada BN untuk membantu rakyat Permatang Pauh.

Ikuti temubual ringkas mStar Online bersama Suhaimi yang kini terkenal dengan tagline “cukuplah...kami pulak” yang bermaksud mahu pengundi memberi peluang kepada BN mewakili rakyat di Permatang Pauh.

mStar Online: Bagaimana mood kempen dalam tempoh berbaki kurang 24 jam ini?

Suhaimi: Alhamdulillah sambutan yang saya terima menggalakkan. Penerimaan juga baik, kunjungan rumah ke rumah serta kehadiran saya ditempat-tempat awam untuk menemui orang ramai juga memberangsangkan. Keyakinan BN untuk menang juga adalah baik. Pengundi di sini nampaknya faham tentang kepentingan PRK Permatang Pauh kali ini. InsyaAllah ada isyarat positif yang akan diberikan oleh pengundi esok kepada BN.

mStar Online: Apa kerisauan yang timbul setakat ini?

Suhaimi: Biasalah dalam berkempen ini ada palbagai cabaran terutamanya apabila dah sampai ke penghujungnya. Saya harap jentera BN sentiasa tenang dan tak mudah terpedaya dengan provokasi pihak lawan. Walaupun ada provokasi di peringkat bawah, jentera BN dinasihatkan supaya tidak hilang fokus. Itu adalah paling penting.

mStar Online: Apa masalah atau rungutan yang paling banyak diterima sewaktu kempen?

Suhaimi: Rungutan mereka tentulah mengenai prestasi wakil rakyat terdahulu di sini. Rata-rata mereka melahirkan rungutan bahawa wakil rakyat mereka sebelum ini tak turun ke bawah. Mereka meletakkan harapan yang tinggi kepada BN untuk membawa perubahan di Permatang Pauh. Pengundi di sini mahukan perubahan dan insyaAllah kalau diberikan peluang, BN dan saya akan bantu pengundi di sini.

mStar Online: Seruan anda kepada pengundi luar serta pengundi dalam kawasan?

Suhaimi: Keluarlah mengundi, kepada yang jauh saya harap sangat semua dapat pulang tunaikan tanggungjawab. Jangan sia-siakan peluang untuk bawa perubahan untuk orang di Permatang Pauh. Saya harap pengundi dapat buat penilaian yang betul dengan memilih BN. Parti ini sudah terbukti sentiasa mengutamakan rakyat. InsyaAllah BN akan bantu rakyat di sini.

mStar Online: Anda yakin boleh menang?

Suhaimi: InsyaAllah, usaha dah dibuat, kempen sudah dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Jentera parti di semua peringkat juga sudah bantu dengan begitu bersungguh-sungguh, selebihnya saya serahkan kepada pengundi untuk buat keputusan. Saya sentiasa berserah kepada Allah untuk beri ketenangan dan petunjuk kepada pengundi untuk buat pilihan terbaik.

mStar Online: Apa kelebihan anda berbanding Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Suhaimi: Saya orang tempatan, keluarga saya di sini dan saya juga menetap di sini. InsyaAllah saya akan jaga rakyat di sini dengan baik kalau diberikan peluang.Tak perlu saya bandingkan dengan calon mereka, lebih baik saya saya fokus kepada usaha untuk bawa kemenangan kepada BN. Tapi apa yang boleh saya katakan ialah saya mewakili parti pemerintah di peringkat Pusat. InsyaAllah mudah untuk saya bawa masalah rakyat di sini kepada pihak yang berwajib. Saya berjanji akan bantu rakyat di sini.


Tags / Kata Kunci: Suhaimi Sabudin , PRK Permatang Pauh , BN

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan