PRK Permatang Pauh: Pembangkang Bikin Kecoh Saat Akhir Kempen

Diterbitkan: Rabu, 6 Mei 2015 8:55 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Menjelang hari pengundian pada Khamis, keharmonian kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh akhirnya tercalar apabila dua kumpulan penyokong pembangkang ‘bercakaran’ sesama sendiri.

Bertelagah dalam mempertahankan hudud, kekecohan di hadapan Masjid Kampung Kubang Semang itu membabitkan penyokong dan ahli PAS sendiri.

Ketegangan bermula apabila kumpulan yang menggelar diri mereka ‘pro ulama’ berkumpul bagi menyatakan sokongan terhadap terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah.

Kumpulan yang diketuai Ketua Penerangan PAS Bagan, Azmi Jaafar itu bersama 10 yang lain membawa sepanduk bertulis ‘Hudud hukum Allah’, ‘Kami sokong Tok Guru Presiden’ serta ‘Pemuda bersama kepimpinan ulama’, mereka juga melaung-laungkan ‘kami sokong ulama’, ‘pengkhianat’ dan ‘Allahuakbar' menggunakan pembesar suara.

Drama perbalahan dua penyokong pembangkang itu bermula apabila tindakan kumpulan ‘pro ulama’  tersebut tidak disenangi oleh satu kumpulan lain yang pada mulanya berada di kedai berhampiran.

Pantas meluru ke lokasi kumpulan ‘pro ulama’ itu berkumpul, kumpulan ‘pro pakatan’ itu menggesa supaya kekecohan itu dihentikan kerana menyifatkan imej PAS dan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun kumpulan 'pro ulama' dilihat tidak mengendahkan gesaan supaya beredar.

Berang dengan perlakuan kumpulan berkenaan, seorang daripada kumpulan pro pakatan mula bertindak ganas dengan merampas pembesar suara dan menghempaskannya ke tanah sehingga berkecai dan seorang lagi lelaki lain mengeluarkan cota mahu memukul salah seorang daripada kumpulan tersebut.

Selepas bergelut dengan aksi tolak-menolak selama hampir 10 minit, kumpulan tersebut akhirnya beredar.

Bekas Setiausaha PAS Kawasan Permatang Pauh, Abdul Razak Abdullah yang turut berada di situ berkata kumpulan pro ulama  tersebut bukan ahli PAS kawasan sebaliknya PAS Kawasan Bagan.

“Mereka sengaja datang nak timbulkan kekeceohan, sengaja nak cetuskan provokasi,” katanya.

Tags / Kata Kunci: PAS , gaduh sesama sendiri

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan