Pertabalan: Sultan Perak Berkenan Ringankan, Ampunkan Hukuman Banduan

Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2015 4:53 PM

Sultan Nazrin Shah berkenan meringankan hukuman tiga banduan dan memberi pengampunan kepada seorang banduan sempena istiadat pertabalan baginda sebagai Sultan Perak XXXV pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Sultan Nazrin Shah berkenan meringankan hukuman tiga banduan dan memberi pengampunan kepada seorang banduan sempena istiadat pertabalan baginda sebagai Sultan Perak XXXV pada Rabu.

Setiausaha Lembaga Pengampunan Negeri Perak Darul Ridzuan Datuk Razali Othman berkata keputusan itu dibuat pada Persidangan Lembaga Pengampunan Negeri yang dipengerusikan baginda di Istana Iskandariah di sini, Selasa.

Beliau berkata Sultan Nazrin Shah meringankan hukuman dua banduan yang disabitkan hukuman mati kepada penjara seumur hidup berkuat kuasa hari ini.

Baginda turut membebaskan lebih awal seorang banduan, yang dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun, berkuat kuasa hari ini tanpa mengetepikan sabitan mahkamah ke atasnya, kata Razali dalam kenyataan di sini.

Selain itu, baginda mengampunkan seorang daripada 12 banduan yang mengemukakan rayuan setelah dikenakan hukuman penjara 10 bulan bermula dari tarikh 18 Mac 2015 (tarikh pembebasan mereka pada 2 Oktober 2015). 

Razali berkata kesemua 12 banduan itu disabitkan kesalahan melibatkandiri dengan perhimpunan haram mengikut Seksyen 145 Kanun Keseksaan pada 2009 di hadapan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.

Daripada 12 rayuan itu, hanya seorang sahaja banduan yang mengemukakan sendiri rayuannya dan dia dibebaskan berkuat kuasa hari ini, manakala 11 lagi mengemukakan rayuan menerusi pihak ketiga.   

“Baginda Sultan telah menitahkan peringatan bahawa sebarang rayuan daripada banduan mestilah dikemukakan oleh banduan itu sendiri menggunakan saluran yang ditetapkan dan bukannya dikemukakan oleh pihak ketiga menggunakan saluran lain,”katanya.

Menurutnya Sultan Nazrin Shah juga menitahkan nasihat bahawa sesuatu hukuman yang dijatuhkan adalah bertujuan memberikan pengajaran kepada masyarakat supaya menghormati undang-undang negara.

Pengampunan atau meringankan sesuatu hukuman yang diputuskan oleh mahkamah akan dipertimbangkan apabila banduan, ketika mengemukakan rayuannya, menunjukkan sifat insaf, sedar akan kesalahan yang dilakukan dan mahu memohon maaf serta mengakui akan berkelakuan baik dan tidak akan mengulangi perkara yang sama, katanya.

Tags / Kata Kunci: Sultan Perak , pengampunan banduan

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan