Keputusan Pilihan Raya Tak Jejas Hubungan Britain-Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2015 2:06 PM

Cameron menyaksikan Tour de Yorkshire pada hari 35 kempen pilihan raya umum Di England. - EPA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dalam tempoh 48 jam sebelum pilihan raya umum Britain yang menyaksikan saingan di antara parti Buruh dan Konservatif, Pesuruhjaya Tinggi British di sini berkata agenda ekonomi dan kepentingan negaranya di Malaysia tidak akan berubah walau apa keputusannya.

Vicki Treadell memberi jaminan bahawa prinsip umum yang mengawal hubungan Britain dengan Malaysia akan kekal walaupun kerajaan yang kini diterajui oleh parti Konservatif digantikan dengan pentadbiran yang dipimpin oleh parti Buruh.

"Kerajaan Buruh cenderung untuk memberi penekanan yang lebih kepada bantuan pembangunan dan pembasmian kemiskinan, manakala kerajaan Konservatif akan memberi tumpuan yang lebih kepada pembangunan ekonomi.

"Tetapi saya tidak fikir bahawa ia semestinya benar. Terdapat penekanan yang lebih besar terhadap pembangunan ekonomi untuk kedua-dua parti, sama ada untuk kita sendiri atau pihak lain.

"Agenda ekonomi adalah benar-benar penting," kata beliau dalam satu temu bual menjelang pilihan raya untuk memilih Parlimen Britain ke-56, Khamis.

Perdana Menteri Britain, David Cameron, yang menggunakan peribahasa Melayu "bagai aur dan tebing untuk menekankan hubungan erat Britain dengan Malaysia, berdepan ujian sengit apabila pemimpin parti Buruh Ed Miliband berkempen pada pusingan akhir.

Dengan tiada parti memegang kelebihan, penganalisis politik British telah membuat kesimpulan bahawa kerajaan minoriti akan berkuasa sekali lagi, dan tidak menolak kemungkinan akan diambil alih oleh Miliband.

Pegawai-pegawai diplomatik di sini menegaskan bahawa hubungan Malaysia dengan Britain telah berkembang dengan cepat dalam tampuk pemerintahan Konservatif.

Cameron adalah pemimpin British yang pertama melawat Malaysia pada tahun 2012 selepas Perdana Menteri John Major membuat lawatan pada 1993.

Treadell, yang telah dihantar ke sini Oktober lalu, berkata Malaysia akan terus mendapat perhatian di Britain kerana menjadi pengerusi Asean dan mempunyai kerusi dalam Majlis Keselamatan PBB.

"Kami mahu bekerjasama dengan Malaysia di peringkat antarabangsa dalam kedua-dua bidang," katanya, sambil menambah isu ancaman keganasan dan ekstremisme juga akan menjadi bidang utama kerjasama.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan , yang menghabiskan 17 tahun terlibat dalam sistem politik British dan bekerja dengan Social Enterprise London, berpandangan, antara lain, berkata kerajaan Konservatif telah banyak memberi penekanan kepada negara-negara Komanwel.

"Malaysia tidak tidak benar-benar diangkat apabila Tony Blair dan Gordon Brown (Buruh) bertanggungjawab. Jadi, saya tidak akan optimis jika parti Buruh mengambil alih," kata Wan Saiful, yang bertanding dan kalah dalam pilihan raya majlis tempatan Inggeris sebagai calon Konservatif pada tahun 2007.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan