Singapura, Malaysia Komited Pastikan Kejayaan Projek Rel Berkelajuan Tinggi

Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2015 4:48 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong ketika sidang media bersama sempena Pemukiman Ke-6 Pemimpin Malaysia-Singapura di Hotel Shangri-La, Selasa.

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi komitmen kedua-dua negara dalam memastikan kejayaan projek rel berkelajuan tinggi (HSR) menghubungkan republik itu dan Kuala Lumpur.

Dalam kenyataan bersama dikeluarkan selepas Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Singapura-Malaysia di sini, kedua-dua pemimpin bagaimanapun berkata sasaran awal projek itu dijadual siap pada 2020 perlu dinilai semula berdasarkan skala dan kompleksnya projek itu.

HSR adalah yang pertama seumpamanya di rantau ini dan telah mendapat banyak perhatian, baik di dalam negara mahupun antarabangsa, dengan banyak negara menawarkan untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka bagi projek itu.

Kedua-dua pemimpin juga amat teruja dengan sokongan dan perhatian daripada komuniti global dan tidak sabar untuk meneruskan projek ikonik pencetus perubahan itu, yang akan menambah baik rangkaian perhubungan, memudahkan perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura dan pada masa sama meningkatkan rangkaian perniagaan serta mengeratkan hubungan rakyat dengan rakyat.

Mengambil perhatian perkembangan projek itu berjalan lancar, kedua-dua pemimpin berkata persetujuan telah dicapai bagi dwikonfigurasi lokasi bersama Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), jalur frekuensi khusus untuk operasi HSR serta mengenal pasti lokasi depot dan kemudahan yang stabil di Malaysia.

Sementara itu, Lee mengumumkan perhentian terakhir HSR Singapura adalah di Jurong Timur, yang bersesuaian dengan rancangan keseluruhan Singapura untuk mentransformasi kawasan itu menjadi Daerah Pusat Perniagaan yang kedua.

Mengenai Iskandar Malaysia, kedua-dua pemimpin mengakui ia merupakan wilayah strategik yang penting bagi kedua-dua negara dan menyambut baik kemajuan dicapai Kumpulan Kerja di bawah Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Malaysia-Singapura (JMC) bagi Iskandar Malaysia.

Mereka turut mengambil perhatian berhubung keputusan JMC untuk menjalankan kajian tentang kesesakan di Tambak termasuk mengkaji langkah yang boleh diambil untuk menambah baik jalinan perhubungan antara kedua-dua negara.

Kedua-dua pemimpin turut memuji usaha dilakukan Kumpulan Kerja Imigresen bagi JMC yang mahu mengurangkan kesesakan di Tambak dan Lebuhraya Laluan Kedua Singapura-Malaysia dan pada masa sama turut memberi perhatian terhadap aspek keselamatan.

Kedua-dua negara juga komited untuk mengurangkan kesesakan dan telah mengambil pelbagai langkah untuk mencapainya.

Kedua-dua pemimpin juga menyambut baik pemeteraian Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian di antara Malaysia dan Singapura Mengenai Pembinaan dan Operasi Terminal Feri dan Perkhidmatan Feri di antara Semenanjung Malaysia dan Singapura.

Mereka turut menegaskan pentingnya meningkatkan kerjasama ekonomi dua hala dan membincangkan peluang dan cabaran dalam kerjasama perniagaan dan perindustrian, dengan mengakui kemajuan dicapai oleh Kumpulan Kerja Kerjasama Perindustrian (ICWG) di bawah JMC.

Mereka turut mengakui Iskandar Malaysia mendapat pelbagai faedah daripada kerjasama itu dan aktiviti perindustrian lain, dan yakin pembangunan holistik dan komprehensif di Iskandar Malaysia akan melengkapi keperluan di antara Iskandar Malaysia dan Singapura.

Kedua-dua pemimpin juga menggesa ICWG meneruskan usahanya untuk meningkatkan  ekosistem Singapura-Malaysia menerusi kaedah menghubungi syarikat-syarikat yang mempunyai rangkaian pelaburan sinergi di kedua-dua negara, terutamanya dalam kejuruteraan bahan canggih, elektronik, perkhidmatan kreatif dan industri makanan.

Mereka juga bersetuju untuk bekerja bersama-sama untuk merealisasikan pelaksanaan sepenuhnya langkah-langkah Komuniti Ekonomi Asean (AEC) sebelum akhir tahun ini dan untuk meningkatkan lagi integrasi ekonomi pasca 2015.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan