MAS Lantik Ketua Pegawai Maklumat Yang Baharu

Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2015 6:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) melantik Tan Kok Meng sebagai Ketua Pegawai Maklumat baharunya, berkuat kuasa 18 Mei, 2015. 

Sebelum pelantikan itu, Tan merupakan Ketua Pegawai Maklumat & Ketua Kumpulan, Perkhidmatan Perkongsian Serantau, Malayan Banking Bhd dan berkhidmat sebagai Pengarah Program, Transformasi Kewangan Astra Zeneca (Malaysia), katasyarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan. 

"Tan memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam teknologi maklumat (IT) dan keupayaan pengurusan dan akan membantu syarikat dalam membangunkan struktur IT dipertingkat dan menyokong syarikat melangkah ke hadapan," kata Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Christoph Mueller.

Tags / Kata Kunci: MAS , Ketua Pegawai Maklumat

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan