Kronologi Proses Pengundian PRK Rompin

Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2015 5:04 PM

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Berikut adalah kronologi proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin yang diadakan pada Selasa:

7.30 pagi: Polis trafik mengawal lalu lintas di hadapan Sekolah Kebangsaan Leban Chondong, Kuala Rompin. 

Anggota polis turut memantau keadaan di sekolah.

Petugas media mula berkumpul di pintu hadapan sekolah tersebut.

7.45 pag: Pengundi turut menunggu di pintu depan sekolah sementara menunggu pusat mengundi dibuka pada pukul 8 pagi.

Calon BN Datuk Hasan Arifin dijangka membuang undi di sekolah ini pada pukul 8 pagi.

7.55 pagi: Keadaan trafik agak terkawal.

7.57: Calon PAS Nazri Ahmad Sudah menunggu untuk membuang undi di Sekolah Agama Rakyat Keratong 5.

8 pagi: Sebanyak 38 pusat mengundi bagi PRK Parlimen Rompin mula dibuka untuk membolehkan 52,744 pemilih menunaikan tanggungjawab mereka.

8.24 pagi: Calon BN, Datuk Hasan Arifin tiba di pusat mengundi ditemani isteri dan anak-anaknya.

8.40 pagi: Salah seorang anak lelaki Hasan menunggu giliran untuk membuang undi.

8.42 pagi: Datuk Hasan bersama isterinya Datin Rozidah Karim beratur bersama pengundi lain untuk menunggu giliran mengundi.

8.55 pagi: Datuk Hasan dan isteri selesai membuang undi.

9.08 pagi: Datuk hasan meninggalkan pusat pengundian bersama keluarganya. Beliau akan melawat ke beberapa Pusat Daerah Mengundi selepas ini.

9.10 pagi: Penyokong BN yang berada di seberang jalan berhadapan sekolah melaungkan 'Hidup BN'.

9.30 pagi: Kehadiran pengundi di pusat pengundian SK Leban Chondong semakin bertambah.

9.40 pagi: Ketua Polis Daerah Rompin, Timbalan Superintendan Johari Jahaya memberitahu situasi di semua pusat pengundian berada dalam keadaan terkawal. Tiada sebarang provokasi dicetuskan mana-mana pihak setakat ini.

9.50: Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tiba di SK Leban Chondong untuk meninjau keadaan di pusat pengundian ini.

10 pagi: SPR memaklumkan sebanyak 31.0 peratus atau 17,050 pemilih telah membuang undi.

11 pagi: Seramai 24,438 pemilih atau 46 peratus telah keluar mengundi. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyifatkan peratusan tersebut sangat tinggi iaitu kira-kira 15 peratus sejam.

12 tengahari: Sebanyak 56.2 peratus atau 29,935 pemilih keluar mengundi.

1 petang: Sebanyak 62.67 peratus atau 33,402 pemilih keluar mengundi.

2 petang: Seramai 35,459 pemilih atau 66.53 peratus sudah keluar mengundi.

3 petang: Seramai 37,502 pemilih atau 70.37 peratus telah keluar mengundi.

4 petang: Sebanyak 72.88 peratus atau 38,843 pengundi telah keluar mengundi.

5 petang: Kesemua 38 pusat pengundian telah ditutup. Keputusan PRK Rompin hanya akan diketahu seawal pukul 11 malam Selasa.



Tags / Kata Kunci: PRK Rompin , proses pengundian

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan