Jurusolek Maut, Rakan Parah Dalam Kemalangan Di Batu Rakit

Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2015 4:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA NERUS: Seorang jurusolek perkahwinan maut manakala rakan lelakinya parah selepas kereta jenis Toyota Corolla Altis yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok dalam kejadian di Kampung Mengabang Bekong di sini awal pagi Selasa.

Dalam nahas kira-kira 1.45 pagi itu, menyebabkan mangsa Rohani Bidin, 47, terbunuh di tempat kejadian manakala rakannya, Rosli Yusof, 51, yang bertugas sebagai Polis Marin di Kuala Terengganu mengalami kecederaan parah.

Anak sulung mangsa Lily Suzian Bahrom, 30, berkata sebelum kejadian ibunya sempat mengirimkan sekeping gambar percutian bersama rakan-rakannya menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Idris Abd Rafar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk dibedah siasat manakala rakannya yang berasal dari Marang turut menerima rawatan di hospital sama dan dilaporkan kritikal.

Tags / Kata Kunci: jurusolek maut

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan