Hebahan Palsu, Hadi Belum Muncul Bantu Kempen PKR

Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2015 7:51 PM

Abdul Hadi Awang

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Hebahan kehadiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada ceramah perdana bagi membantu kempen calon Parti Keadilan Rakyat (PRK) Permatang Pauh pada Rabu malam melegakan ramai pihak.

Kesungguhan mempromosi program itu terserlah apabila hebahan kehadiran Hadi ke Permatang Pauh disampaikan melalui sebuah poster biru putih yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp dan media sosial sejak Ahad lagi.

Hadi dijangka hadir berceramah pada malam terakhir kempen PRK Permatang Pauh di Kompleks Yayasan An-Nahdhoh, Kubang Semang.

Tentu sekali kehadiran Hadi dapat menolak spekulasi berhubung keretakan hubungan PAS bersama dua lagi sekutunya iaitu PKR dan DAP.

Bagaimanapun hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati maklumat yang disebarkan itu pastinya mendukacitakan ahli dan penyokong PAS.

Bukan kerana Hadi membatalkan program ceramah perdana itu, sebaliknya hebahan kehadiran Presiden PAS itu adalah palsu.

Menurut pengendali laman Facebook rasmi Hadi, beliau tidak akan hadir ke program yang dihebahkan tersebut kerana mempunyai komitmen lain pada tarikh tersebut.

"Dimaklumkan bahawa poster ini adalah palsu, Tuan Guru Presiden telah mempunyai komitmen lain pada tarikh tersebut.

"Kami amat kesal dengan sebaran yang tidak bertanggungjawab ini,” tulisnya di Facebook.

Sejak kempen PRK Permatang Pauh bermula pada 25 April lalu, kelibat Hadi tidak kelihatan bagi membantu calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempertahankan kerusi berkenaan.

Hubungan PAS khususnya Hadi bersama PKR dan DAP dilihat retak khususnya selepas beliau mengemukakan notis untuk membentangkan rang undang-undang persendirian berhubung hudud di Dewan Rakyat.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan