Empat Buku Faisal Tehrani Diharamkan - KDN

Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2015 3:12 PM

Antara karya Faisal Tehrani yang diharamkan KDN.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan penerbitan empat buku tulisan penulis kontroversi Faisal Tehrani kerana ia didapati mengandungi unsur-unsur penyebaran ajaran Syiah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Buku berkenaan ialah 'Sebongkah Batu di Kuala Berang' yang diterbitkan oleh PTS Litera Utama Sdn Bhd, 'Karbala' yang diterbitkan oleh Abeerden Books World, 'Tiga Kali Seminggu' dan 'Ingin Jadi Nasrallah' yang kedua-keduanya diterbitkan oleh Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN Hasmimah Nik Jaafar berkata buku-buku itu dikenakan Perintah Larangan Penerbitan berkuat kuasa 1 April kerana mengandungi unsur-unsur yang memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan.

Pewartaan Perintah Larangan itu adalah menurut seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Menurut subsyeksen 2 Seksyen 8 akta sama, mana-mana pihak yang didapati mencetak, mengimport, menjual dan memiliki buku-buku tersebut di dalam negara boleh dikenakan tindakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.


Tags / Kata Kunci: Faisal Tehrani , KDN , Karbala

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan