GST Bukan Cukai Perkauman – Alias

Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2015 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan sejak 1 April lalu bukan bersifat perkauman, sebaliknya ia merupakan pelaksanaan sistem percukaian lebih adil dan seimbang di negara ini. 

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata, secara umumnya kadar purata bagi semua barang dan perkhidmatan yang tertakluk kepada GST atau dikecualikan daripada cukai berkenaan adalah seimbang.

Menurutnya, umumnya keperluan untuk mengenakan cukai terhadap sesuatu barang dan perkhidmatan itu tertakluk kepada GST, pengecualian cukai dan cukai kadar sifar.

“Kebanyakan barang keperluan tidak dikenakan GST di mana penggunaannya lebih tertumpu kepada masyarakat berpendapatan sederhana dan rendah, manakala kebanyakan barangan mewah yang majoritinya digunakan golongan berpendapatan tinggi dikenakan GST. 

“Yang pasti, keperluan masyarakat umum diambil kira, jadi kalau dikatakan golongan berpendapatan rendah perlu membayar lebih banyak cukai adalah tidak tepat kerana kerajaan mengambil kira semua pihak yang terlibat dari segi demografi dan pendapatan rakyat di negara ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Menerusi pelaksanaan GST, beberapa makanan utama dan keperluan asas seperti beras, ayam, ikan, daging, sayur-sayuran, gula, tepung dan minyak masak adalah bebas daripada cukai.

Alias berkata, banyak keutamaan lain pula dikecualikan daripada GST yang melibat semua pihak termasuk golongan berpendapatan rendah, antaranya pendidikan, kesihatan, buku, pengangkutan awam termasuk penggunaan elektrik tidak melebihi 300KWj.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi menegaskan bahawa GST yang dilaksanakan sejak 1 April lalu bersifat lebih adil dan menolak sebarangan tanggapan bahawa sistem percukaian baharu ini lebih menjuruskan kepada golongan tertentu hanya disebabkan perbezaan pendapatan perkapita antara kaum.

“Malah, struktur percukaian di negara ini adalah jauh lebih baik berbanding negara-negara lain yang mengenakan cukai secara umum seperti tujuh peratus di Singapura dan 10 peratus di Australia,” katanya sambil merujuk kepada Malaysia hanya mengenakan GST terhadap sebahagian barangan dan perkhidmatan sahaja.

Sebelum ini, dilaporkan Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie memberitahu masyarakat Cina di negara ini supaya tidak menentang GST kerana menerusi sistem itu golongan Melayu yang akan membayar lebih.

Seai Kei berkata, dua corak demografi masyarakat Cina iaitu berpendapatan tinggi dan tidak ramai anak sepatutnya menjadi alasan yang cukup bagi mereka tidak menentang GST.

Kenyataan Heng seperti yang dilaporkan akhbar itu mengundang pelbagai reaksi dan kritikan banyak pihak terutama di kalangan pembangkang yang menyifatkan Seai Kei bermain isu perkauman dalam usaha untuk menjustifikasikan pelaksanaan GST.


Tags / Kata Kunci: GST , KPDNKK , Alias Ahmad

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan