Elaun Mengundi: Bukan Rasuah, Tapi Tak Digalakkan - SPR

Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2015 12:50 PM

Abdul Aziz melakukan lawatan ke pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin di Sekolah Kebangsaan Leban Chondong, Selasa.

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

ROMPIN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menggalakkan parti politik memberi elaun kepada pengundi untuk balik menunaikan tanggungjawab mengundi walaupun perbuatan itu tidak salah di sisi undang-undang.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, perbuatan tersebut tidak dianggap sebagai rasuah sekiranya elaun itu diberi tanpa syarat.

"Dari segi undang-undang rasuah, tidak salah sebab saya sendiri bertanya dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Tetapi saya bukan menggalakkan perbuatan itu," katanya pada sidang media di Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin di sini Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan sebuah parti politik yang didakwa memberi wang kepada pengundi di Sekolah Kebangsaan Leban Chondong, di sini Selasa.

Abdul Aziz berkata, sekiranya terdapat bukti mengenai wang tersebut diberikan dengan syarat pengundi harus mengundi calon dari parti tertentu, maka tindakan itu salah di sisi undang-undang.

"Contohnya dia beri duit tambang balik ke Sarawak atau Sabah untuk tambang kapal terbang. Dia tak cakap awak mesti undi calon tertentu dan ada bukti anda mengundi orang ini, itu tak boleh," katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Abdul Aziz turut menggesa penyokong calon atau parti yang bertanding supaya menghentikan kempen untuk meraih undi di luar setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM).

"Saya perhatikan walaupun tempoh kempen rasmi tamat 12 tengah malam  tadi, tapi  masih ada penyokong calon parti yang merayu untuk meraih undi di  tepi jalan berdekatan pusat pengundian.

"Saya minta mereka hentikan perbuatan seperti itu. Masa sekarang sudah tidak lagi dibenarkan untuk berkempen," katanya.

Beliau yang turut kecewa dengan tindakan itu turut meminta anggota penguatkuasa pilihan raya (PPR) untuk mengambil tindakan terhadap penyokong parti yang masih berdegil.

"Saya kecewa tapi ini perbuatan biasa. Apabila SPR kata nak ambil tindakan, mereka akan marah kita," katanya.

Beliau menambah, secara keseluruhannya keadaan di PRK Rompin masih terkawal di mana penyokong kelihatan bersorak di tepi jalan sebagai tanda sokongan kepada calon masing-masing.

Sementara itu, seorang petugas sebuah parti politik yang beroperasi di sebuah barong khas memberitahu, pemberian wang tunai kepada pengundi adalah sebagai elaun perjalanan semata-mata.

"Itu hanya wang elaun kepada pengundi yang pulang ke sini untuk mengundi. Kebanyakan mereka ini pengundi luar, antaranya dari Kuala Lumpur dan Kuantan," katanya.

Petugas tersebut yang enggan dikenali berkatam pengundi dari Kuala Lumpur akan menerima elaun sebanyak RM200, manakala dari Kuantan pula RM100.

Bagaimanapun, katanya, tiada syarat ditetapkan kepada pengundi yang menerima elaun tersebut.

"Kami tidak tetapkan sebarang syarat untuk pengundi pilih mana-mana calon. Mereka hanya perlu tunai tanggungjawab untuk mengundi," katanya.

Selain itu, beberapa pengundi memberitahu mereka tidak menerima sebarang arahan untuk mengundi parti tertentu.

"Tiada arahan ditetapkan semasa wang itu diberi," kata salah seorang pengundi. 



Tags / Kata Kunci: elaun , SPR , PRK Rompin , SPRM

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan