Cuepacs Bantah Beku Pengambilan Penjawat Awam Baharu

Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2015 4:11 PM

Azih Muda

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membantah tindakan kerajaan membekukan pengambilan baharu kakitangan perkhidmatan awam.

Sehubungan itu Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, pihaknya menggesa supaya arahan pembekuan melalui pekeliling daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu dikaji semula secepat mungkin.

“Kita tak bersetuju pembekuan berlaku dalam pengambilan penjawat awam yang baharu.

“Ini (sektor awam) harapan kepada pekerja muda yang nak masuki perkhidmatan awam,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis sambutan hari pekerja di Politeknik Seberanga Perai di sini, Selasa.

Beliau mengulas mengenai laporan portal sarawakreport.org yang mendedahkan mengenai arahan pembekuan pengambilan kakitangan baharu di semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang berkuat-kuasa 22 April lalu.

Mengulas lanjut Azih berkata, Cuepacs berharap arahan pembekuan itu hanya bersifat sementara.

“Kita minta perkara ini bersifat sementara dan tidak bersifat kekal. Apabila keadaan dah stabil mungkin pengambilan boleh berlaku semula.

“Saya melihat ada surat JPA kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Kita bimbang persepsi masyarakat khususnya golongan muda mengenai perkara ini,” katanya. 



Tags / Kata Kunci: Azih Muda , Cuepacs , penjawat awam

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan