CUEPACS Harap Imbuhan Penjawat Awam Di Atas Garis Kemiskinan

Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2015 5:12 PM

Azih Muda

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan dapat mempertimbangkan kenaikan imbuhan penjawat awam termasuk gaji yang berada di atas paras kemiskinan.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata pelaksanaan gaji minimum yang bertepatan dengan keadaan semasa akan membolehkan seseorang penjawat awam memberi fokus kepada kerja mereka dan meningkatkan produktiviti.

"Gaji minimum kena atas garis kemiskinan. Kita nak setiap orang kerja kerajaan mampu urus keluarga, mampu beli sebuah rumah kediaman dan dalam keadaan kondusif...kerja dan fokus, tak perlu fikirkan lain. Ini pendekatanproduktiviti. Produktiviti tak ada kalau tak boleh tumpu sepenuhnya kepadakerja. Kalau nak fokus perlu ada kecukupan," katanya kepada pemberita Selasa.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Perhimpunan Hari Pekerja Peringkat Negeri Pulau Pinang di Politeknik Seberang Perai di sini yang disempurnakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ketika ini terdapat 1.6 juta penjawat awam dan CUEPACS sentiasa mengkaji dan membuat analisis sendiri tentang keperluan penjawat awam.

"Kalau penjawat awam dalam keadaan miskin, terpaksa bergantung kepada bantuan, (pendapatan) sekadar boleh 'survive' (hidup) ini tak bagus untuk negara terutama apabila menjadi negara maju.

"Kerana itu, menjadi harapan kami gaji minimum ketika ini dinaikkan daripada RM800 kepada RM1,200, walaupun kita tahu kalau di bandar besar gaji bawah RM3,000 masih di bawah paras miskin. Kalau letak RM1,200 bermakna kita dah mula nilai kemampuan seseorang individu," katanya.

Sementara itu, Azih berharap akan ada berita baik untuk penjawat awam diumumkan dalam pembentangan Rancangan Malaysia ke-11 dan Bajet 2016.

"Sebelum itu, kami berharap akan ada forum untuk penjawat awam supaya kerajaan boleh nyatakan cadangan-cadangan kerajaan dari segi penambahbaikan sektor awam terutama keperluan kita atas tuntutan yang pernah dibuat," katanya.

Mengulas laporan sebuah portal berita bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) kini mengawal jumlah perjawatan bagi semua kementerian dan jabatan bermula 22 April lalu, Azih berkata beliau tidak menerima pekeliling kerajaan berkenaan perkara itu dan jika maklumat itu betul beliau berharap ia hanya bersifat sementara.

"Saya minta perkara ini bersifat sementara dan bila dah stabil boleh dilakukan pengambilan semula. CUEPACS juga ingin mencadangkan kepada kerajaan, supaya ia tidak mengganggu "succession plan".

"Pekerja bersara, yang meninggal dan berhenti perlu diganti. Perlu ada pelan penggantian. Dalam hal ini, CUEPACS bimbang persepsi golongan muda kepada kerajaan. Kerajaan mungkin melihat angka 1.6 juta penjawat awam ketika ini agak ramai dan kerajaan hendak kawal pengambilan supaya tidak melebihi waran iaitu1.7 juta," katanya.

Tags / Kata Kunci: Datuk Azih Muda , CUEPAC

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan