PRK Rompin: Proses Pengundian Bermula, 38 Pusat Mengundi Dibuka

Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2015 8:40 AM

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Sebanyak 38 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin dibuka bermula pukul 8 pagi Selasa untuk membolehkan 52,744 pemilih menunaikan tanggungjawab mereka.

Parlimen Rompin meliputi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bukit Ibam, Muadzam Shah dan Tioman.

Pusat pengundian akan ditutup secara berperingkat pada Selasa iaitu pada pukul 4 petang di Bukit Ridan, Muadzam Shah yang mempunyai 312 pengundi.

Selain itu, beberapa pusat mengundi di Pulau Tioman termasuk di Juara yang mempunyai 171 pengundi dan Kampung Mukut (136 pengundi) ditutup pada pukul 2 petang ekoran jumlah pengundi yang tidak ramai.

Pusat pengundian lain akan ditutup seperti biasa pada pukul 5 petang.
    
Penjumlahan undi dijangka bermula sebaik pusat mengundi ditutup dan akan dilakukan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) keputusan PRK Parlimen Rompin akan diketahui seawal pukul 11 malam Selasa.

Pada pengundian awal 30 April lalu sebanyak 85.1 peratus atau 464 daripada 545 pengundi awal keluar mengundi

Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, peratusan tersebut melibatkan 464 daripada 545 pengundi awal di kawasan ini yang terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

PRK Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin dan Nazri Ahmad mewakili PAS.

Kerusi Parlimen Rompin diisytiharkan kosong berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter terhempas di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dua tahun, Jamaluddin menewaskan calon PAS, Nuridah Salleh dengan majoriti 15, 114 undi dengan 97.72 peratus atau 44,966 pemilih keluar mengundi.
Tags / Kata Kunci: PRK Rompin , proses pengundian

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan