SMS Jadi Senjata Perang Saraf Saat Akhir

Diterbitkan: Isnin, 4 Mei 2015 7:50 PM

SMS yang dikirim kepada pengundi Parlimen Permatang Pauh supaya memilih calon BN pada PRK Khamis ini.

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Masuk pusingan akhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh selang beberapa hari sebelum hari mengundi Khamis ini, perang saraf kini mula menjadi senjata parti politik untuk meraih undi.

Terbaharu, satu khidmat pesanan ringkas (SMS) dikesan mula tersebar di sekitar Permatang Pauh termasuk di kalangan pengundi luar.

SMS berkenaan dibuat seolah-olah dihantar oleh ahli atau penyokong PAS yang menggesa supaya pengundi tidak menyokong calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Penghantar SMS dari nombor 012-381XXXX itu menjadikan isu pelaksanaan hukum hudud sebagai asas supaya pengundi memilih calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin.

"Assalamualaikum. PKR keji HUDUD dan buat kita macam balaci. Jangan persenda Islam. Subhanallah kali ini kita bagi kepada calon BN,” demikian menurut kandungan SMS berkenaan.

Kandungan SMS itu dikongsi pembaca mStar Online yang juga pengundi Parlimen Permatang Pauh.

Bagaimanapun menurut penerima yang enggan dinamakan itu, beliau sudah membuat permohonan di Suruhanjaya Pilihan Raya untuk berpindah ke kawasan lain selepas menetap di negeri lain.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS kawasan Permatang Pasir, Datuk Salleh Man ketika dihubungi mStar Online mendakwa SMS berkenaan dihantar oleh parti lawan pada PRK itu.

Mengakui turut menerima SMS sama, Salleh berkata, pihaknya sudah menjangka perkara berkenaan akan dilakukan parti lawan khususnya pada saat-saat akhir sebelum hari pengundian Khamis ini.

“Saya juga terima SMS itu pagi tadi, ini perkara biasa. Saya dah jangka ini akan berlaku. Isu hudud sengaja dimainkan untuk pengaruhi pengundi PAS.

“Kita kesal dengan budaya kempen begini. Tapi saya yakin pengundi tidak akan mudah terpedaya,” katanya.

Selain itu, Salleh berkata, pihaknya sudah mengarahkan jentera peringkat pusat daerah mengundi (PDM) untuk menyampaikan maklumat tepat kepada pengundi menjelang hari pengundian.

“Saya harap sangat pengundi dan penyokong kita sentiasa dapatkan maklumat daripada sumber yang sahih,” katanya sambil memberitahu bahawa tiada laporan polis dibuat oleh pihaknya berhubung perkara itu.


Tags / Kata Kunci: SMS , PRK Permatang Pauh , Salleh Man , hudud

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan