Bersih 2.0 Lancar Ops Hitam 505 - Berita Semasa | mStar

Bersih 2.0 Lancar Ops Hitam 505

Diterbitkan: Isnin, 4 Mei 2015 6:01 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil 2.0 (Bersih 2.0) melancarkan ‘Ops Hitam 505’ sebagai tanda provokasi terhadap penahanan pemimpin pembangkang dan peserta himpunan Bantah GST di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu pada 1 Mei lalu.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, semua rakyat Malaysia diminta supaya berpakaian hitam atau memasangkan riben atau kain hitam di kenderaan, bangunan atau benda peribadi pada Selasa sebagai tanda provokasi.

Ia berkata, perkara itu sebagai tanda menolak ‘kerajaan minoriti’ Najib pada 5 Mei yang merupakan ulang tahun kedua perdana menteri memegang jawatan tersebut sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 2013.

“Ops Hitam 505 selain tanda solidariti dengan mereka yang menjadi mangsa penganiayaan polis, juga mewakili tiga tuntutan rakyat iaitu pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST),” kata jawatankausa itu dalam satu kenyataan.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 turut berkata, tuntutan lain merupakan penghapusan penipuan dalam pilihan raya terutama ‘pembahagian tidak sekata’ (Malapportionment) dan 'persempadanan tidak adil' (Gerrymandering) dalam persempadanan semula kawasan pilihanraya di Sarawak, Sabah dan Semenanjung supaya tidak wujud lagi kerajaan minoriti.

Ini katanya, termasuk tuntutan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) untuk menghentikan penyalahgunaan kuasa dan pempolitikan polis.

“Kami berharap esok seluruh rakyat akan mewujudkan suatu lautan hitam di setiap pelosok negara, terutama di (pilihan raya kecil) Permatang Pauh dan Rompin.

“Rakyat berpeluang menyatakan pendirian dengan kertas undi, untuk menunjukkan penolakan rakyat terhadap GST, pilihanraya yang kotor dan negara polis,” kata jawatankuasa itu.

Tags / Kata Kunci: Ops Hitam 505
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan