PRK Rompin: Nazri Mahu Jadi YB 'Check And Balance'

Diterbitkan: Isnin, 4 Mei 2015 6:16 PM

Nazri Ahmad

(Ubah saiz teks)

WALAUPUN tidak begitu dikenali penduduk di Rompin, calon PAS, Nazri Ahmad memasang hasrat untuk membela nasib rakyat di kawasan itu yang dirasakan agak terpinggir terutama dari segi pembangunan.

Menyedari hakikat bahawa sukar untuk mengatasi majoriti 15,114 undi yang diperolehi penyandangnya, Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Nazri mengakui kehadirannya ketika rakyat menolak pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta beberapa isu lain diharap mampu memberi saingan, sekali gus menggugat kubu kuat parti lawan.

Ikuti temubual ringkas bersama calon yang disifatkan sebagai seorang yang lemah lembut dikalangan pengundi di Felda Keratong 5 ini.

mStar Online: Bagaimana penerimaan rakyat dalam kempen terakhir ini?

Nazri: Alhamdulillah respons yang sangat baik terutama anak-anak muda. Dalam beberapa pertemun dengan golongan itu sepanjang tempoh berkempen mereka luahkan rasa kecewa kerana tidak memiliki rumah sendiri di Felda.

mStar Online: Apakah perkara yang akan dilakukan sekiranya memenangi PRK ini?

Nazri: Jika ditakdirkan menang, antaranya fokus kepada pembelaan kepada rakyat tempatan. Sebagai contoh penduduk di DUN (Dewan Undangan Negeri) Tioman sehingga hari ini walaupun berada di situ puluhan tahun, generasi ketiga tidak memperolehi geran tanah. Ini yang cuba diketengahkan, iaitu pembelaan yang diabaikan kerajaan. Kemenangan ini merupakan isyarat awal kepada kerajaan bahawa rakyat menolak pemerintah yang menindas rakyat.

mStar Online: Apa pesanan yang ingin disampaikan kepada pengundi?

Nazri: Saya minta pengundi di Rompin menghantar isyarat (kepada kerajaan) menerusi keputusan PRK pada 5 Mei ini.Insya-Allah.Maka saya sebagai calon yang diamanahkan PAS merayu dan berharap agar anda tidak melepaskan peluang untuk menunaikan tanggungjawab yang besar. Manfaatnya bukan  sahaja kepada Rompin, kesan keputusan ini Insya-Allah akan beri kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia. Jangan anggap satu undi itu perkara yang biasa tapi setiap undi PAS itu adalah satu tanda protes terhadap GST.

mStar Online: Bagaimana penerima masyarakat Cina terhadap hudud?

Nazri: Secara keseluruhannya keluhan mereka terhadap isu ekonomi. Dan keputusan PRK Rompin ini penting dalam menghantar isyarat kepada kerajaan lebih-lebih lagi dalam tempoh sebulan kerajaan laksana GST.

mStar Online: Bagaimana peluang untuk menang di PRK Rompin?

Nazri: Insya-Allah dengan  perkembangan dan respons daripada pengundi hasil daripada pertemuan kita bersama mereka sepanjang kempen.

mStar Online: Apa faktor kelebihaan anda jika dibandingkan dengan calon BN?

Nazri: Pertama saya lihat rata-rata rakyat ingin hantar isyarat, apabila ada kerajaan mereka ada kuasa untuk buat apa sahaja maka jika ada pembangkang Insya-Allah ada 'check and balance'.


Tags / Kata Kunci: Nazri Ahmad , PRK Rompin , GST

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan