FMC Janji Bantu Dua Anak Yatim Piatu Sehingga Berusia 18 Tahun

Diterbitkan: Isnin, 4 Mei 2015 7:24 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kelab Myvi yang sedang disiasat kerana didakwa menyebabkan kemalangan sehingga mengorbankan tiga beranak di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE), berjanji untuk menjaga kebajikan dua anak perempuan mangsa.

Ahli-ahli Familia Myvi Club (FMC) pada Ahad mengadakan lawatan ke rumah keluarga mangsa nahas iaitu Fairuz Nizam Husain dan Nova Safitri Azhari di Batu Caves pada pukul 5 petang.

Bercakap kepada pemberita selepas lawatan itu, wakil FMC Hairul Safuan berkata, ahli-ahli kelab automotif itu mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menjelaskan kisah kejadian daripada pihak mereka.

"Kami mahu membersihkan nama-nama kami. Selepas kejadian itu, beberapa ahli-ahli kami menerima ancaman di Facebook dan WhatsApp. Individu yang tidak dikenali ini mengugut untuk memukul ahli kami atau merosakkan kereta ahli kelab jika ditemui," katanya.

Hairul menambah, pihaknya turut memberitahu keluarga mangsa bahawa FMC telah bersetuju untuk membela nasib dua kanak-kanak perempuan yatim piatu itu, Nur Firuza Amira, 7, dan Nur Firuza Akila, 3, sehingga mereka berusia 18 tahun.

"Kami telah berbincang dan bersetuju untuk mengumpulkan dana bagi membiayai kebajikan kanak-kanak ini sehingga mereka mencapai usia 18 dan kami juga menghulurkan sumbangan awal kepada keluarga mangsa.

"Kami sedang bekerjasama dengan pihak polis dan keluarga mangsa semasa siasatan dijalankan. Jika didapati terdapat ahli-ahli kelab kami yang melakukan kesalahan, kami tidak akan membela kesalahan itu, " kata Hairul.

Fairuz Nizam, 35, isterinya Nova Safitri, 27, serta seorang anak perempuan mereka berusia tujuh bulan Nur Annisa Firuza tercampak keluar dari kenderaan dalam kejadian pada Sabtu lalu.

Fairuz Nizam terbunuh di tempat kejadian manakala Nova Safitri dan Nur Firuza meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.

Semasa kemalangan, ketiga-tiga mereka dilaporkan dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan di Putrajaya.

Tags / Kata Kunci: FMC , DUKE

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan