Kritikan Dr Mahathir Bukan Niat Lemahkan Umno, BN - Mukhriz

Diterbitkan: Isnin, 4 Mei 2015 9:42 PM

Mukhriz Tun Dr Mahathir.

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan sesekali menyertai pakatan pembangkang atau menyokong kempen mereka dalam pilihan raya kecil Parlimen Rompin dan Permatang Pauh, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

"Ini karut belaka. Jangan harap dia nak lemahkan parti (Umno dan BN) dan sokong Pakatan Rakyat. Tak timbul langsung isu dia nak menyokong pembangkang," katanya.

Katanya, persepsi sedemikian timbul berikutan pemasangan poster nakal pembangkang kononnya Dr Mahathir akan turun ke Rompin dan Permatang Pauh untuk berkempen bagi Pakatan Rakyat sedangkan perkara itu adalah mengarut.  

Mukhriz yang juga Pengerusi BN Kedah berkata, tindakan Dr Mahathir yang sering menyatakan pandangan yang berbentuk kritikan terhadap kerajaan, dijadikan modal dalam kalangan parti pembangkang kononnya bekas perdana menteri itu menyokong parti-parti pembangkang.

Tindakan Tun Dr Mahathir yang sering memberikan pandangan termasuk yang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukan berniat melemahkan Umno dan Barisan Nasional (BN), kata Mukhriz kepada pemberita selepas Program Kenduri Rakyat di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi Tanah Liat Mukim 9, di sini, Isnin.

Mukhriz berkata jika diteliti, kenyataan dan pandangan yang disuarakan oleh bapanya itu adalah untuk kebaikan Umno dan BN sendiri.

Katanya apa yang berlaku, Dr Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun, mempunyai pandangan sendiri yang lebih kepada untuk menguatkan lagi parti.

"Jika kita lihat kepada kenyataannya, beliau berharap BN akan menang (dalam pilihan raya kecil) di Rompin dan juga di Permatang Pauh. Apa sahaja pandangannya adalah untuk kekuatan parti dan tidak sesekali untuk melemahkan parti," katanya.

Mukhriz berkata demikian apabila ditanya tentang kritikan Dr Mahathir terhadap kerajaan dan Perdana Menteri yang menyebabkan pakatan pembangkang menganggapnya sebagai "Pemimpin Pembangkang De facto".

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan