1,300 Wanita Jadi Ketua Kongsi Gelap, Digelar 'Tai Kah Cheh'

Diterbitkan: Isnin, 4 Mei 2015 10:45 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendedahkan bahawa seramai 1,300 wanita di negara mengetuai kongsi gelap dan melakukan aktiviti samseng.

Dakwanya, kumpulan kongsi gelap wanita ini menjadikan pelajar sekolah perempuan sebagai sasaran utama bagi menambah ahli kumpulan.

Menurut laporan Pertubuhan Anti Jenayah Bersatu Malaysia (UMCPO) yang bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri, sekurang-kurangnya 12 peratus daripada keahlian kumpulan-kumpulan kongsi gelap adalah daripada golongan wanita.

Pengerusi UMCPO, Datuk A. Balakrishnan berkata kumpulan-kumpulan seperti 36, 21, 24, 555, 303, 04, 08 dan Satu Hati mempunyai golongan wanita sebagai ahli yang memberikan perlindungan kepada pelajar sekolah perempuan dengan mengenakan bayaran.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner, P R Gunarajan mengesahkan bahawa kumpulan kongsi gelap wanita membuat pemantauan di beberapa buah sekolah untuk menambah ahli kumpulan.

"Mereka merupakan sebahagian daripada kumpulan besar dan bertindak sebagai salah seorang penolong kanan.

"Golongan wanita ini mahu dikenali sebagai “tai kah cheh dan akka” (kakak besar) dan pasukan saya sedang memantau aktiviti mereka.

"Pegawai-pegawai di sini sering berhubung dengan pihak sekolah untuk mengelakkan daripada pelajar sekolah perempuan diambil sebagai ahli kumpulan yang baharu," kata Gunarajan.

Balakrishnan juga menjelaskan pihak polis telah memaklumkan bilangan murid perempuan dan wanita yang menjadi sebahagian daripada kumpulan-kumpulan tersebut.

"Wanita-wanita ini terlibat dalam pergaduhan dan mengugut murid perempuan yang lain untuk membayar yuran keahlian kumpulan itu," katanya.

Balakrishnan berkata berdasarkan statistik oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, jenayah kekerasan yang melibatkan kanak-kanak perempuan dan wanita telah meningkat dan 10 peratus daripada kesalahan-kesalahan yang dilakukan termasuk rompakan dan jenayah berkaitan dadah yang dilakukan pada tahun lalu.

Menurut Balakrishnan juga, peningkatan laporan mengenai kes buli wanita menunjukkan bahawa mereka juga boleh bertindak ganas seperti lelaki.

Dalam pada itu, Pengerusi Sektor Swasta Melaka, Jawatankuasa Sumber Manusia dan NGO, Datuk M.S. Mahadevan berkata pihak negeri itu telah memohon bantuan daripada golongan wanita dari pertubuhan bukan kerajaan untuk menangani kes keganasan dikalangan murid perempuan.

Menurut Mahadevan, kumpulan-kumpulan seperti 36, 04, dan kumpulan baharu yang ditubuhkan di Johor Bahru iaitu Sorna Sisters kini aktif mencari keahlian baru.

Mahadevan juga menjelaskan, dia sudah melihat paparan video aksi kumpulan kongsi gelap wanita di beberapa kawasan di Melaka.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata dia telah memberi amaran mengenai keganasan murid perempuan empat tahun lalu.

Menurut Lee, insiden buli dan tindakan ganas yang melibatkan pelajar lelaki dan perempuan baru-baru ini perlu dilihat dengan lebih serius.

"Apa yang membimbangkan adalah budaya keganasan ini semakin membesar dalam masyarakat kita serta institusi pendidikan," kata Lee.

Bagaimanapun, Lee juga berkata kajian perlu dibuat untuk menentukan jumlah ketua kumpulan kongsi gelap wanita di negara ini.


Tags / Kata Kunci: Kongsi Gelap , Pulau Pinang

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan