Hikayat Misa Melayu Karya Agung Sejarah Kesultanan Perak

Diterbitkan: Isnin, 4 Mei 2015 1:01 PM

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan melihat Pameran Koleksi Gambar pada perasmian Pameran Koleksi Gambar, Setem Hari Pertama dan Hikayat Misa Melayu di Dewan Bandaraya Ipoh pada Isnin. Turut berangkat putera puteri baginda, Raja Azlan Muzaffar Shah dan Raja Nazira Safya

(Ubah saiz teks)

IPOH: Sultan Nazrin Shah menyifatkan Hikayat Misa Melayu sebagai karya agung dalam sejarah kesultanan Perak serta khazanah persuratan peninggalan Raja Muda Raja Chulan yang dihasilkan pada abad ke-18.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan melancarkan buku berkenaan pada Pameran Koleksi Gambar bersempena istiadat pertabalan Sultan Perak XXXV di Dewan Bandaran Ipoh pada Isnin.

"Beta memilih untuk melancarkan penerbitan Hikayat ini bersempena istiadat pertabalan Sultan Perak XXXV, berasaskan inti pati Hikayat ini yang meriwayatkan keturunan, peraturan, dan istiadat Raja-Raja dan kerajaan Perak," titah baginda.

Pada majlis itu, Sultan Nazrin Shah turut melancarkan Setem Hari Pertama bersempena istiadat pertabalan baginda.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa serta Raja Puan Besar Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris serta Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Hadir sama Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Abdul Rahman Sulaiman, Pengurus Besar Bernama Datuk Zulkefli Salleh dan Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab.

Sultan Nazrin Shah menzahirkan penghargaan kepada Yayasan Karyawan dan RNS Publications yang secara bersama mengusahakan penerbitan tersebut untuk menghargai jasa besar Raja Chulan.

"Semoga penerbitan ini dapat dijadikan tatapan khususnya generasi masa kini sebagai bekal mencipta masa hadapan lebih gemilang," titah baginda.

Baginda turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Bernama serta Jabatan Penerangan atas usaha bersama menganjurkan pameran itu selain Pos Malaysia yang mengeluarkan Setem Hari Pertama bersempena pertabalan Sultan Perak XXXV.

Pameran anjuran Bernama dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Jabatan Penerangan bermula hari ini hingga 4 Jun depan, akan dibuka kepada orang ramai dari 10 pagi hingga 7 malam setiap hari.

Terdapat 14 segmen pameran diketengah pada pameran itu, antaranya Mewarisi Takhta Kerajaan, Dunia Ilmu, Pelbagai Peranan dan Tanggungjawab serta Takhta Disandang Rakyat Disayang.

Tags / Kata Kunci: Perak , Raja Chulan

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan