Hasan Calon Favourite PRK Rompin

Diterbitkan: Isnin, 4 Mei 2015 4:16 PM

Kehadiran Hasan sentiasa mendapat sambutan penduduk sekitar Rompin.

(Ubah saiz teks)

DI atas kertas, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Hasan Arifin dilihat mempunyai peluang cerah untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin yang akan diadakan pada Selasa ini.

Ciri-ciri kepimpinan dan personaliti yang ada pada Hasan menjadikan beliau calon favourite di kalangan penduduk di kawasan ini.

Pengalaman anak kelahiran Kampung Leban Chondong ini sebagai bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Ibam dan Tioman, selain pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Pahang memberi kelebihan kepada BN untuk terus mempertahankan kubu kuat parti itu.

Ikuti temubual ringkas bersama Pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin itu mengenai harapannya pada PRK Rompin kali ini.

mStar Online: Apakah harapan Datuk kepada pengundi?

Hasan: Saya ingin ingatkan pengundi supaya membuat pilihan tepat esok (Selasa). Fikirlah secara rasional dan pilihlah wakil rakyat yang dirasakan mampu membawa perubahan di Rompin. Berilah saya peluang untuk berbakti kepada masyarakat di sini. Banyak lagi perkara yang ingin saya lakukan di sini.

mStar Online: Sejauh mana Datuk melihat peluang untuk menang?

Hasan: Biar orang Rompin nilai sendiri. Saya membesar di sini, ramai kenal sejak kecil... ramai satu sekolah. Lebih mudah untuk saya dekati pengundi kerana saya anak tempatan di sini. Pengundi tua memang kenal saya.

Sebuah negara yang aman disebabkan politik dan pengurusan yang stabil. Tak ada parti selain BN yang boleh mentadbir negara dengan baik. Kita harus bersama-sama mengundi BN.

mStar Online: Apakah erti kemenangan jika ia memihak kepada Datuk?

Hasan: Kemenangan saya penting tetapi ia lebih penting kepada BN sebagai tanda sokongan tidak berbelah bagi kepada PM (Perdana Menteri). Ia juga membuktikan kepada pembangkang bahawa rakyat Rompin berdiri teguh di belakang kepimpinan Datuk Seri Najib (Tun Razak).

mStar Online: Sekiranya ditakdir memenangi PRK Parlimen Rompin, apa yang Datuk akan lakukan?

Hasan: Beberapa isu sudah dikenal pasti antaranya yang akan diberi perhatian khusus oleh kerajaan termasuk pemilikan tanah Orang Asli dan perumahan untuk generasi kedua  Felda. Masyarakat Orang Asli juga tidak akan dilupakan. Kita akan membantu meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat ini.

mStar Online: Bagaimana penerimaan masyarakat pada hari terakhir kempen?

Hasan:  Alhamdulillah penerimaan amat baik semasa kunjungan ke setiap PDM (Pusat Daerah Mengundi) pada hari ini. Saya harap sokongan positif ini akan diterjemahkan menerusi undi pada Selasa ini.

Tags / Kata Kunci: Hasan Arifin , PRK Rompin

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan