'Jangan Pilih Wan Azizah' - Ahli PKR Selangor

Diterbitkan: Isnin, 4 Mei 2015 9:17 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Seramai 30 individu yang mendakwa sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengadakan protes untuk menggesa pengundi Pilihan Raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh supaya tidak memilih Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 7 Mei ini.

Presiden Suara Akar Umbi Keadilan, Mazli Saring berkata, pengundi di Permatang Pauh tidak sepatutnya memilih Wan Azizah yang pernah berkata bahawa beliau perlu menjaga cucu ketika mengosongkan kerusi parlimen itu pada 2008.

"Kenapa mereka tidak memilih nama lain di Permatang Pauh? Dia telah dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang.

"Kami yang terdiri daripada ahli akar umbi merasakan bahawa presiden PKR ini sedang bertanding untuk jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen," katanya pada sidang media di Pusat Komersial Permatang Pauh di sini pada Ahad.

Mazli menambah, Wan Azizzah sepatutnya memberi perhatian dalam menyelesaikan masalah dalaman parti itu yang masih berlarutan.

Dalam perkembangan sama, Pertubuhan Minda dan Kesedaran Sosial mendakwa pihaknya bersama bekas ahli DAP akan bertemu pengundi bagi menghalang mereka untuk memilih pakatan rakyat.

"Jani-janji memang sedap didengar, tetapi bila kamu menyoal mereka, kamu akan disaman. Saya menggesa pengundi untuk memilih parti yang mampu mendengar rintihan mereka," katanya pengerusinya, Ramesh Rao.

Jelasnya, seramai 11 ahli pertubuhan itu telah menerima writ saman selepas mereka menyoal perbelanjaan parti itu.

Tags / Kata Kunci: Permatang Pauh , PKR , Selangor

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan