PRK Rompin: Kemenangan BN Tak Bermakna Rakyat Terima GST Sepenuhnya - Muhyiddin

Diterbitkan: Isnin, 4 Mei 2015 7:29 PM

Pelawak Abon yang membantu kempen BN pada PRK Rompin tidak melepaskan peluang berselfie bersama Muhyiddin ketika hadir merasmikan pada majlis pecah tanah Dewan Semai Bakti Felda Keratong Empat, Isnin.

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Kemenangan Barisan Nasional (BN) di Rompin bukan bermakna rakyat sudah menerima sepenuhnya pelaksanaan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikuatkuasakan pada 1 April lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, unsur penerimaan GST bukan tafsiran yang tepat kerana terdapat faktor lain yang menentukan kemenangan BN.

"Itu bukan tafsiran tepat kerana ada faktor-faktor lain. Di sini kita terima apa sahaja maklum balas rakyat tapi saya rasa ramai tak bersetuju," katanya pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Dewan Semai Bakti Felda Keratong 4 di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek bahawa penerimaan baik mengenai GST memberi keyakinan BN akan berjaya mengekalkan Parlimen Rompin.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno beranggapan menteri berkenaan sebenarnya tidak berniat mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Ia salah satu isu dan masalah, saya tak fikir Datuk Hasan (Malek) cakap ini ukuran penerimaan," katanya.

Bagaimanapun, beliau yakin BN ada peluang untuk mempertahankan kerusi Parlimen Rompin tapi enggan terlalu ghairah dalam membuat tafsiran mengenai perkara itu.

"Insya-Allah kita menang tapi saya tak mahu ghairah buat tafsiran sebegitu," katanya.

Beliau berkata, BN juga masih perlu menangani soal penolakan rakyat terhadap GST yang dibangkitkan PAS dalam kempen jentera parti itu di Rompin.

"Ini faktor yang kita hadapi. Saya tak fikir ia jadi ukuran penerimaan (GST) atau tidak," katanya.


Tags / Kata Kunci: PRK Rompin , GST , Muhyiddin Yassin , BN

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan