Formula 'Beli RM10, Dapat RM10' Untuk Kad Prabayar Telefon - Ahmad Shabery

Diterbitkan: Isnin, 4 Mei 2015 11:33 PM

Ahmad Shabery Cheek

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata beliau akan berusaha memastikan rakyat dapat menikmati pembelian kad tambah nilai prabayar telefon dengan formula 'beli RM10, dapat RM10'.

Menurutnya, pendiriannya itu akan diketengahkan dalam pertemuannya dengan peneraju syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini sebelum dibawa ke Kabinet untuk keputusan seterusnya.

"Saya bertanya kepada rakyat (pandangan mereka) dan rakyat hendakkan beli (kad prabayar) RM10, bila diaktifkan dapat RM10.

"Sebab itu saya ambil keputusan di sini (mengenai formula itu) oleh kerana ia kehendak rakyat. Saya akan ikut apa rakyat nak," kata Ahmad Shabery dalam program Edisi Khas 'Suara Kita Hak Kita' terbitan RTM yang disiarkan secara langsung di TV1 Isnin malam.

Ahmad Shabery, yang ditugaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengendalikan isu berkaitan kad tambah nilai prabayar susulan pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), mengupas topik '#Topup: Apa Masalahnya?' dalam program yang berlangsung kira-kira sejam itu.

Ahmad Shabery seterusnya mengakui wujud kekeliruan dan percanggahan kenyataan dalam isu itu, oleh yang demikian, beliau memohon maaf.

"Ini sistem baharu, ada teething problems. InsyaAllah kalau salah, kita akui salah. Yang perlu dibaiki, kita baiki," katanya sambil memohon kesabaran rakyat untuknya menyelesaikan masalah yang timbul.

Beliau menjelaskan sehingga perkara itu diputuskan dalam masa terdekat, jualan kad prabayar telefon akan dibuat menggunakan harga sekarang iaitu dengan tambahan enam peratus GST.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia sebelum ini mengarahkan syarikat telekomunikasi agar menetapkan semula harga kad prabayar telefon kepada harga asal iaitu seperti sebelum pelaksanaan GST pada 1 April.

Namun, arahan yang sepatutnya berkuatkuasa 1 Mei itu ditangguh selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membuat kenyataan bahawa agak mustahil perkara itu dilaksanakan kerana kerumitan untuk membuat konfigurasi semula pada sistem bagi menyelaraskan harga jualan.

Berhubung formula 'beli RM10, dapat RM10' itu, Ahmad Shabery yang menganggap tugas menyelesaikan isu harga kad prabayar sebagai satu cabaran, mengharapkan kesediaan syarikat telekomunikasi untuk memahami hasrat itu.

Beliau menegaskan bahawa seperti mana kerajaan, syarikat telekomunikasi juga perlu sensitif kepada kemahuan rakyat memandangkan bidang perniagaan yang mereka ceburi sememangnya memerlukan sokongan orang ramai.

Menteri itu menghuraikan apa yang menjadi harapan rakyat iaitu aspek mampu milik (affordability) serta kualiti perkhidmatan dan pengalaman ketika menggunakan perkhidmatan yang disediakan (quality of service and quality of experience).

Pada masa sama, Ahmad Shabery berkata kedua-dua aspek itu hanya akan dapat dipenuhi apabila sektor telekomunikasi mempunyai infrastruktur yang baik, dan ini memerlukan syarikat telekomunikasi yang 'sihat' dalam memenuhi tuntutan itu.

Ini kerana, penyediaan infrastruktur komunikasi termasuk jalur lebar memerlukan pelaburan yang amat besar, katanya. 

Tags / Kata Kunci: kad prabayar , formula , Ahmad Syabery Cheek

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan