PKR Akui Berdepan Undi Protes PAS, Tapi Tidak Terjejas - Dr Afif

Diterbitkan: Isnin, 4 Mei 2015 12:05 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengakui bakal berhadapan ‘undi protes’ daripada ahli dan penyokong PAS akibat pendirian parti itu berhubung pelaksaan hudud.

Pengarah Pilihan Raya Angkatan Muda Keadilan (AMK) PRK Permatang Pauh, Dr Afif Bahardin bagaimanapun berkata ia hanya melibatkan jumlah kecil serta tidak menjejaskan peluang PKR untuk menang di kerusi berkenaan.

"Saya ingat itu (boikot undi) minimum, saya tak kata langsung tidak ada kesan, tapi kalau ada pun ia akan jadi sangat minimum," katanya kepada mStar Online di sini, Isnin.

Mengulas lanjut, Dr Afif yang juga Timbalan Ketua AMK Pusat optimis isu hudud yang dibangkitkan PAS sejak awal kempen PRK Permatang Pauh tidak akan memberi impak yang besar terhadap kemenangan PKR dalam pilihan raya yang akan diadakan pada Khamis ini nanti.

"Tiada masalah yang besar. Mengenai perbezaan pendapat pimpinan (berhubung isu hudud) itu saya rasa sangat minimum.

"Tiada kesan yang besar di dalam pilihan raya ini. Saya tidak nampak begitu (jejaskan undi), pada saya perbezaan pandangan yang timbul adalah berkaitan dasar dan polisi," katanya.

Ditanya mengenai kempen jentera PAS yang dilihat lesu dan kurang memainkan peranan membantu PKR, Dr Afif bagaimanapun menolak pandangan berkenaan.

Menurutnya jentera parti sekutu PKR termasuk PAS dan DAP memainkan peranan masing-masing sepanjang kempen PRK Permatang Pauh.

"Saya tidak bersetuju kalau nak kata (jentera PAS) tidak bergerak. Ramai jentera PAS yang membantu kita di peringkat pemuda, mereka adalah jentera tempatan.

"Mereka membantu jentera di bawah dan saya rasa itu bukti kepada kekuatan dan kekukuhan PAS, PKR dan DAP," katanya.

Isu hudud menjadi polemik di kalangan PAS dan PKR apabila  kepimpinan Pemuda PAS Pulau Pinang dan PAS Kawasan Permatang Pauh sebelum ini mengambil keputusan untuk memboikot kempen PKR dalam PRK Permatang Pauh.

Bagaimanapun kedua-dua entiti berkenaan akhirnya mengambil keputusan untuk membuat 'pusingan U' dan menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Pakatan Rakyat.

Tags / Kata Kunci: PKR , PAS

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan