Polis Minta Hentikan Spekulasi Kes Kemalangan Di Lebuhraya DUKE

Diterbitkan: Ahad, 3 Mei 2015 11:34 PM

Kemalangan maut di Lebuhraya DUKE pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis  meminta semua pihak termasuk media supaya menghentikan sebarang spekulasi mengenai kes kemalangan di Lebuhraya DUKE di sini yang mengakibatkan tiga kematian termasuk bayi perempuan berusia tujuh bulan pada Sabtu.

Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff berkata kenyataan yang tidak tepat mengenai insiden itu boleh menjejaskan siasatan polis dalam usaha mendapatkan kebenaran.

Dalam kenyataan pada Ahad, beliau memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara telus tanpa prejudis terhadap mana-mana pihak.

"Pihak yang didapati cuai sehingga menyebabkan kemalangan berlaku akan tetap dibawa ke mahkamah untuk didakwa," katanya.

Mohd Fuad berkata polis telah menahan seorang lelaki berusia 31 tahun dan seorang perempuan berumur 35 tahun susulan kemalangan maut itu.    

Mengulas lanjut, Mohd Fuad berkata kedua-dua individu yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis dan dikehendaki melaporkan diri semula ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dalam masa dua minggu ini.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) AktaPengangkutan Jalan 1987 dan menggesa orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu untuk tampil membantu siasatan polis.

Pada Sabtu, sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan maut dalam nahas kira-kira pukul 1.05 pagi membabitkan tiga kenderaan di Km 6.2 Lebuhraya DUKE.

Pasangan itu ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari,25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.

Siasatan awal mendapati kemalangan itu melibatkan Mitsubishi Pajero yang dipandu Fairuz Nizam dan dua Perodua Myvi.

Tags / Kata Kunci: Kemalangan DUKE

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan