PAS Desak PM Seragamkan Harga Rumah G2, G3 Kepada Semua Felda

Diterbitkan: Ahad, 3 Mei 2015 1:06 PM

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: PAS mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menyeragamkan harga rumah kepada generasi kedua (G2) dan ketiga (G3) di semua tanah rancangan Felda seperti yang dinikmati peneroka di Rompin.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pengumuman tersebut seolah-olah menggambarkan Barisan Nasional (BN) hanya ingin menyelamatkan kedudukan dan undi di Rompin.

"Hanya kerana nak selamatkan kedudukan dan undi di Rompin, lalu disytihar pelbagai habuan hanya bagi kawasan PRK sahaja.

"Ia seolah-olah seperti kenyataan Pegawai Felda Wilayah sahaja kerana hanya nampak masalah di Rompin, sedangkan isu ini dibangkitkan oleh seluruh warga G2 dan G3 Felda seluruh negara," katanya.

Jelas Tuan Ibrahim, tindakan memberikan harga lebih murah dan makenisma lebih baik kepada warga generasi kedua Felda di Rompin menggambarkan sememangnya warga Felda terabai selama ini.

"Kalau bukan kerana adanya PRK Rompin, G2 dan G3 Felda di Rompin akan terus terabai. Ini membuktikan PAS membuat keputusan yang tepat untuk bertanding di Rompin kali ini," katanya.

Selain membangkitkan isu cukai barang dan perkhidmatan (GST), PAS dalam kempennya di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin turut menjadikan isu Felda untuk menyerang BN.

"Rungutan harga rumah yang mahal dan mekanisma yang tidak membantu G2 and G3 memiliki rumah merupakan agenda utama dalam setiap dialog dengan warga Felda," katanya.

Beliau berkata, hakikatnya harga rumah antara RM120,000 hingga RM140,000 seunit itu adalah di luar kemampuan golongan muda Felda di seluruh negara.

"Tapi hanya kerana bimbang dengan kebangkitan G2 dan G3 Felda dalam PRK Rompin kali ini, maka datangnya durian runtuh sedemikian daripada PM," dakwanya.

Beliau turut mempertikaikan keputusan  tersebut kerana potongan RM32,500 untuk pembelian rumah secara jual-beli hanya dinikmati peneroka di dalam Parlimen Rompin.

"Masalahnya ialah hanya mereka yang berada di parlimen Rompin boleh menikmati potongan RM32,500 untuk , dan tidak pada G2 dan G3 Felda di kawasan lain," katanya.

Pada Sabtu, Najib mengumumkan harga rumah bagi Projek Perumahan Generasi Baru Felda di Rompin diturunkan daripada RM125,000 kepada RM90,000 seunit bagi membolehkan generasi baru Felda memiliki rumah idaman mereka.

Perdana Menteri membuat pengumuman itu melalui Facebook PMO Malaysia selepas menyelami keluh kesah generasi baru agar harga rumah terbabit dikaji semula.

Tags / Kata Kunci: Felda , PAS

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan