Misi Bantuan Kemanusiaan Biro Kebajikan Umno Berlepas Ke Nepal

Diterbitkan: Ahad, 3 Mei 2015 1:30 PM

Abdul Azeez bersama para sukarelawan yang akan berlepas ke Kathamandu, Nepal bagi menyertai Misi Bantuan Kemanusian Biro Kebajikan UMNO Malaysia semasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Sejumlah 26 individu terdiri daripada 18 pakar perubatan dan lapan anggota media berlepas ke Kathmandu, Nepal pada Ahad di bawah Misi Bantuan Kemanusiaan Biro Kebajikan Umno Malaysia dan Kelab Putera 1Malaysia. 

Misi berkenaan membawa sumbangan ubatan-ubatan, peralatan pembedahan, vaksin dan ubat tahan sakit bernilai AS$150,000 atau kira-kira RM539,000 kepada warga Nepal yang menjadi mangsa bencana gempa bumi bulan lepas.

Pengerusi Biro Kebajikan Umno dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ketika menghantar anggota misi berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata anggota misi berkenaan akan memberi khidmat perubatan kepada warga Nepal di Hospital Birgunj, Kathmandu.

"Saya harap misi bantuan kemanusiaan ini akan dapat membantu seramai mungkin warga Nepal yang memerlukan rawatan dan ubat-ubatan," katanya.

Misi bantuan berkenaan berlepas ke Nepal dengan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) perbangan MH170 ke Kathmandu pada pukul 8.55 pagi. Misi berkenaan diketuai Datuk Dr Alwi Abdul Rahman.

Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal di kawasan antara ibu negaranya, Kathmandu dengan bandar Pokhara pada 2.56 petang (waktu Malaysia) 25 April. Beberapa kejadian gempa susulan turut berlaku.

Tragedi gempa bumi berkenaan disifatkan paling teruk melanda Nepal dalam tempoh 81 tahun.

Berdasarkan laporan media, sehingga Ahad angka kematian di Nepal mencecah 6,500 orang sementara lebih hampir 7,000 orang cedera.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan