Ismail Sabri Kurang Ajar - Lim Guan Eng

Diterbitkan: Ahad, 3 Mei 2015 4:05 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dikecam kerana mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan kepada pengundi jika memilih Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 7 Mei ini.

Sehubungan itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggesa Ismail menarik balik kenyataannya bahawa beliau tidak akan meluluskan peruntukan pertanian untuk rakyat di Permatang Pauh.

"Ismail Sabri menyatakan bahawa sekiranya Kak Wan (Dr Wan Azizah) dipilih menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh, jangan cari dia melibatkan semua projek pertanian...tidak akan diluluskannya.

"Kak Wan nak masuk lobi pun tidak boleh, ini satu kenyataan yang biadap dan kurang ajar.

"Saya harap Ismail Sabri tarik balik dan minta maaf atas kenyataan biadap ini keatas seorang wanita, seorang rakyat Malaysia dan seorang wakil rakyat," katanya pada sidang media di Tanah Liat di sini, Ahad.

Sebelum ini Ismail dilaporkan mengingatkan pengundi di Permatang Pauh melupakan terus sebarang bantuan daripada kementeriannya PKR terus menang di kawasan itu.

Beliau sebaliknya berjanji akan meluluskan sebarang projek pertanian jika calon BN, Suhaimi Sabudin berjaya mengalahkan Dr Wan Azizah.

Malah portal berita pembangkang turut melaporkan bahawa Ismail menyatakan bahawa beliau tidak berminat untuk berjumpa dengan Dr Wan Azizah di pejabatnya jika calon PKR itu berhasrat merayu bantuan tersebut.

Tags / Kata Kunci: Permatang Pauh , Pertanian

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan