BN Johor Hantar Pasukan Terbaik Bantu Kempen Di Rompin

Diterbitkan: Ahad, 3 Mei 2015 3:59 PM

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Tempoh kempen yang berbaki dua hari sahaja lagi perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh jentera Barisan Nasional (BN), kata Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin.

Menurut beliau, Umno Johor menghantar jentera yang memiliki daya juang yang tinggi bagi memikul amanah untuk membantu kemenangan calon BN, Datuk Hasan Arifin di Rompin.

"Kita berperanan untuk menyokong dan melengkapi jentera Umno dan BN dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin.

"Kita hantar jentera yang bersemangat dan sedia memikul amanah untuk membantu kemenangan BN dalam masa dua hari sahaja lagi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis ramah mesra jentera Umno Johor di Kampung Parit Raja di sini, Ahad.

Turut hadir Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Mohamed Khaled turut yakin pengundi akan terus memberikan sokongan kepada calon BN berdasarkan maklum balas daripada pengundi sepanjang kempen dijalankan.

"Kita percaya dan yakin pengundi akan beri sokongan terus kepada calon BN," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata bahang PRK Rompin yang akan diadakan dalam masa dua hari sahaja lagi semakin dirasai.

"'Mood' dua hari lagi... suasana dah mula dirasai. Ada pengundi di luar dah balik. Jadi saya harap jentera jangan ambil mudah PRK ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: BN Johor , Rompin

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan