Kereta Pegawai Polis Terjunam Dalam Lombong

Diterbitkan: Ahad, 3 Mei 2015 4:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mayat yang ditemui pada Ahad dalam kereta yang terjunam dalam lombong di Taman Prima, Puchong di sini dua hari lepas, merupakan seorang pegawai polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata mangsa ialah ASP V. Sivanathan yang bertugas di Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

"Mendiang berusia 34 tahun dan telah berkahwin serta mempunyai seorang anak. Mendiang telah berkhidmat di bahagian itu selama lima tahun ," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata difahamkan semasa kejadian, mendiang dalam perjalanan untuk mencari saksi bagi satu kes berkaitan narkotik. Mayatnya telah dihantar ke Hospital Serdang dan telah dikenal pasti anggota keluarganya.

Wan Abdullah menyifatkan Sivanathan sebagai pegawai yang berdedikasi dan cekap menjalankan tugas. Beliau berkata pihaknya akan menjaga kebajikan anggota keluarga mendiang.

Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harun berkata mayat mangsa ditemui di dalam keretanya kira-kira 11.50 pagi tadi.

"Kereta itu telah diangkat dengan menggunakan kren sedalam 15 meter,"katanya. 

Tags / Kata Kunci: ASP V. Sivanathan , kereta terjunam , lombong

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan