Kanak-Kanak Maut, Bapa Cedera Kereta Dirempuh

Diterbitkan: Ahad, 3 Mei 2015 9:50 PM

Keadaan kereta mangsa yang dirempuh menyebabkan seorang kanak-kanak maut.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang kanak-kanak lelaki maut manakala bapanya patah tulang bahu serta rusuk kiri apabila kereta yang dinaiki mereka dirempuh kereta lain dalam satu kemalangan di Jalan Jemaluang, Mersing, Ahad.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan M.Kumar berkata mangsa, Ahmad Ibrahim Ahmad Nizam, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.  

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, pemandu Perodua Viva, Mohd Zuhal AdliJazlan, 21, gagal mengawal kenderaannya ketika melalui selekoh sebelum terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan Proton Wira, yang dipandu bapa mangsa, Ahmad Nizam Nordin, 46.

"Akibat rempuhan kuat di bahagian pemandu kereta Proton Wira terbabit, Ahmad Nizam cedera parah, manakala anak lelakinya yang duduk di bahagian belakang terbunuh," kata beliau ketika dihubungi, di sini hari ini.

Ahmad Nizam, yang bekerja di Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd (SAJ) Daerah Mersing, ketika itu dalam perjalanan ke Johor Baharu bersama isteri dan tiga orang anaknya.

Bagaimanapun, isteri dan dua anaknya yang lain tidak mengalami kecederaan. 

Mayat Ahmad Ibrahim telah dibawa ke Hospital Daerah Mersing untuk bedah siasat sementara bapanya dihantar ke hospital yang sama untuk rawatan. 

Kumar berkata kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 21 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Mohd Zuhal tidak cedera.   -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Kereta dirempuh , kanak-kanak maut

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan