Penurunan Harga Rumah G2, G3 Felda Untuk Semua - Hishammuddin

Diterbitkan: Ahad, 3 Mei 2015 3:47 PM

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan penurunan harga rumah generasi kedua Felda bukan sahaja untuk peneroka di Rompin tetapi melibatkan semua tanah rancangan Felda di seluruh negara.

Beliau berkata, penurunan tersebut akan dilaksanakan di semua tanah rancangan Felda secara berperingkat-peringkat.

"Itu kita buat berperingkat-peringkat. Saya percaya kerajaan dan Felda tidak melihat pembelaan kepada generasi kedua di Rompin sahaja.

"Tapi yang penting apa yang diharapkan generasi ini dipanjangkan Datuk Hasan (Arifin) dapat perhatian kebetulan ia dibangkitkan pada PRK Rompin," katanya pada majlis ramah mesra bersama jentera Umno Johor di Kampung Parit Raja di sini, Ahad.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan tidak pernah mengabaikan warga Felda kerana ia merupakan perjuangan Allahyarham Tun Razak sejak dulu sehingga sekarang.

"Takkanlah kita nak mengabaikan generasi kedua pula. Ini merupakan perkara yang diperjuangkan untuk warga Felda sejak dahulu lagi," katanya.

Pada masa sama, Hishammuddin menempelak dakwaan pembangkang yang menyifatkan penurunan harga tersebut sebagai satu usaha memancing undi di Rompin.

"Cukup mudah mereka katakan gula-gula. Apa perancangan mereka untuk Felda? Tak ada satu benda pun untuk negeri yang diperintah mereka. Apa mereka dah buat untuk Felda?," soalnya.

Beliau percaya isu perumahan yang dibangkitkan pada hari ini merupakan fenomena baharu di kalangan generasi kedua Felda.

"Ini feneomena baru untuk generasi kedua. Masa dulu tak ada, skrg isu perumahan... dulu rumah pun tak ada untuk generasi pertama," katanya.

PAS pada Ahad mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menyeragamkan harga rumah kepada generasi kedua (G2) dan ketiga (G3) di semua tanah rancangan Felda seperti yang dinikmati peneroka di Rompin.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pengumuman tersebut seolah-olah menggambarkan Barisan Nasional (BN) hanya ingin menyelamatkan kedudukan dan undi di Rompin.

Sementara itu, Hishammuddin ketika diminta mengulas mengenai Himpunan Derita Rakyat anjuran PAS bagi membantah pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) di sini Ahad, beliau berkata ia bukan perkara baharu.

"Mereka dah buat bantahan GST di peringkat nasional di Kuala Lumpur, mereka bawa ke sini... ia bukan perkara baru. Yang penting kita turun pastikan ia takkan jejaskan jentera kita," katanya.

Tags / Kata Kunci: Felda , Rompin

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan