Hadi Tidak Tahu Dalang Protes PAS Terhadap PKR - Berita Semasa | mStar

Hadi Tidak Tahu Dalang Protes PAS Terhadap PKR

Diterbitkan: Ahad, 3 Mei 2015 3:22 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau tidak mengetahui secara pasti golongan yang membuat protes terhadap calon PKR bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyan PAS Sabah di sini, Ahad , beliau berkata mungkin golongan itu adalah pihak yang cuba membuat provokasi pada musim pilihan raya parlimen di kawasan berkenaan.

Ketika ditanya sebab beliau tidak turun berkempen di Permatang Pauh, Abdul Hadi berkata beliau sibuk dengan program parti yang diatur lebih awal selain terpaksa berulang ke hospital untuk menerima rawatan.

Mengenai pendirian PAS Pusat berhubung anggota Pakatan Rakyat (PR) Sabah khususnya DAP yang menolak pembabitan PAS dalam PR Sabah, Abdul Hadi berkata terpulanglah kepada PR negeri masing-masing untuk membuat keputusan namun PAS masih anggota PR Pusat.

Dalam perkembangan lain, beliau menegaskan PAS tetap dengan pendiriannya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan berpegang kepada persetujuan dicapai di kalangan pemimpin-pemimpin PR sebelum ini yang memulangkan kepada parti masing-masing dalam soal pendirian parti yang berbeza.

Katanya PAS akan melaksanakan undang-undang jenayah syariah di negara ini secara demokrasi dan PAS mengemukakan hukum hudud di Kelantan serta undang-undang jenayah syariah di Terengganu kerana parti itu menang besar dalam beberapa pilihan raya umum lalu di negeri berkenaan.

Tags / Kata Kunci: PAS , PKR
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan