Lebih Mudah Jika Wakil Rakyat Sama Parti Dengan Kerajaan Negeri - Adnan

Diterbitkan: Ahad, 3 Mei 2015 8:00 PM

Adnan Yaakob menyampaikan ucapan perasmian pada majlis pecah tanah Masjid Bandar Satelit Muadzam Shah pada Ahad. Turut hadir calon Barisan Nasional Datuk Hasan Arifin. Foto: BERNAMA

(Ubah saiz teks)

MUADZAM SHAH: Lebih mudah jika wakil rakyat di Parlimen Rompin sama parti dengan kerajaan negeri, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Menurut beliau, hubungan wakil rakyat di Parlimen dengan kerajaan negeri boleh diibaratkan seperti hubungan suami-isteri yang perlu mempunyai keserasian.

“Bayangkan kerajaan negeri 'dacing', wakil rakyat bukan dacing.. kan kacau. Kita kena sama-sama… kita kahwin pun sebab suka sama suka. 

“Kita suka ikan, bini pun suka ikan, kita suka tengok wayang, dia suka tengok wayang, kita suka gurau, dia pun suka gurau. Itu sebab kita kahwin. Ini (Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin) begitu juga. Jangan fikir lain,” katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah Masjid Bandar Satelit Muadzam Shah di sini, Ahad.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tioman, Datuk Mohd Johari Hussain dan Adun Muadzam Shah, Datuk Maznah Mazlan.Justeru, beliau mengingatkan penduduk di Rompin supaya berfikiran secara rasional dan tidak terpedaya dengan pembohongan pembangkang ketika menunaikan tanggungjawab pada 5 Mei ini.

“Kita tak usah fikir nak tukar kerajaan, tukar calon pun kita rasa tak sedap. Kita kena berfikiran rasional, guna akal fikiran,” katanya.

Adnan berkata, pengalaman luas yang dimiliki calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin akan memudahkan beliau membawa suara rakyat ke Parlimen.

“Insya-Allah atuk sebagai orang lama, bekas Adun, ahli exco kerajaan negeri dan Timbalan Menteri Besar… pengalaman semua orang dah tahu. Orang macam ini nak pergi ke Parlimen mudah.

“Itupun kalau PM tukar menteri-menteri pula esok… Datuk Hasan jadi menteri pula. Jangan lupa… kena fikir itu,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, ketika ditanya mengenai dakwaan pembangkang bahawa kerajaan negeri mungkir janji mengenai cukai tanah, Adnan berkata, perkara itu telah dibincangkan dan kenaikan tersebut melalui pertimbangan sewajarnya.

“Itu kita telah bincang… kerajaan negeri perlu juga hasil secukupnya. Ada kategori-kategori yang kita naikkan, ada kita turunkan… mana yang terasa kadar harga terlampau tinggi, tidak munasabah mereka boleh merayu... tiada masalah,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan