Tiga Cedera Termasuk Kanak-Kanak Diserang Beruk Jantan

Diterbitkan: Ahad, 3 Mei 2015 9:44 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

BESUT: Seorang nenek putus dua urat tangan kanan dan cedera di beberapa bahagian lain badannya manakala dua lagi termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun turut cedera selepas diserang seekor beruk jantan di Kampung Keluang di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian pertama berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa seorang warga emas, Lijah Ismail, 85, diserang beruk berkenaan ketika sedang menyapu sampah berseorangan di halaman rumahnya.

"Ketika sedang asyik menyapu sampah seekor beruk jantan tiba-tiba berada dibelakang saya dan terus menerkam dan menggigit tangan kanan saya," katanya ketika ditemui di rumahnya pada Ahad.

Beliau berkata selepas serangan beruk itu dia meminta pertolongan daripada keluarga untuk membawanya ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu seorang lagi mangsa yang juga merupakan anak Lijah, Mohd Idris Salleh, 67, memberitahu selepas menyerang ibunya, beruk itu datang ke rumahnya pula yang terletak selang beberapa buah dengan rumah ibunya.

Katanya ketika itu dia sedang berada di halaman rumah apabila didatangi beruk yang beratnya dipercayai dalam lingkungan lapan kilogram yang terus menyerangnya.

"Beruk itu cuba menggigit tangan kiri tetapi mujur saya sempat menepis dan memukul beruk itu dengan kayu kecil dan hanya mengalami kecederaan kecil ditangan sahaja," katanya ketika ditemui Bernama.

Mohd Idris berkata selepas menyerangnya beruk itu pergi ke rumah anak saudaranya yang terletak di seberang jalan besar Tembila ke Kampung Rajakira-kira 300 meter dari rumahnya.

Katanya beruk itu kemudiannya bertindak menyerang pula cucu saudaranya Nurain Syuhada Danial Hamizan, 6. 

Susulan kejadian tersebut pihak Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Besut telah mengadakan operasi menangkap beruk itu yang dipercayai terlepas daripada jagaan tuannya. 

Bagaimanapun, sehingga hari ini mereka masih belum berjaya mengesan beruk terbabit.

Tags / Kata Kunci: beruk jantan , tiga cedera

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan