Kaji Selidik: Kebanyakan Responden Bangga Jadi Rakyat Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 3 Mei 2015 10:45 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kebanyakan responden dalam Moderation Survey (Kaji selidik Kesederhanaan) oleh The Star lebih suka melihat diri mereka berdasarkan kewarganegaraan mereka berbanding kumpulan etnik.

Teh Kok Tiong, 46, berkata, dia berbangga menggelarkan dirinya sebagai rakyat Malaysia semasa mengembara walupun ketika berkunjung ke China.

Bagaimanapun, dia percaya kebanyakan rakyat Malaysia memperkenalkan diri mereka berdasarkan kumpulan etnik masing-masing.

"Saya amat gembira sekiranya rakyat Malaysia yang lain mengenali saya sebagai rakyat Malaysia," kata Teh.

Seorang pereka berusia 27 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Cally berkata, dia berasa tidak selesa dikenali sebagai orang Cina.

"Perbezaan berlaku sebelum ini. Pada masa ini yang sebenarnya ialah gabungan masyarakat yang tinggal bersama di tanah yang sama," kata Cally yang merupakan antara 5,070 orang melakukan kaji selidik itu.

Kaji selidik itu membolehkan responden turut menyuarakan pandangan mereka mengenai identiti mereka sendiri dalam soalan terbuka.

Hajar Shamsudin berkata, oleh kerana dia tidak dilihat seperti orang Melayu, dia agak terkilan setiap kali perlu membuktikan dia berbangsa Melayu.

"Saya harap saya dapat dikenali sebagai rakyat Malaysia," katanya yang berusia 29 tahun, sambil menambah bahawa etniknya bukan keutamaan.

Jilian Louis, 22, berkata, dia sudah biasa untuk memperkenalkan dirinya sebagai berbangsa India terlebih dahulu.

"Tetapi saya sedar apabila saya pergi ke luar negara, ia adalah tidak tepat kerana saya bukan dari India seperti yang ramai sangkakan. Saya adalah rakyat Malaysia. Saya tidak mahu dikenali dari mana-mana negara lain. Inilah (Malaysia) tanah air saya," katanya.

Zurin Wok Nordin berkatam dia tahu siapa dirinya dan tidak mahu terganggu apabila orang lain melihatnya "berbeza".

"Saya sudah biasa dengan perkara itu kerana saya separuh Melayu dan separuh Cina," katanya yang berusia 45 tahun.

Khoo Soo Hay berkata, walaupun dia melihat dirinya sebagai rakyat Malaysia, namun terpulang kepada orang lain untuk melihat siapa dirinya.

"Bagaimana dia melihat saya mencerminkan perwatakan, pendidikan, kaum dan agamanya sendiri," kata pesara berusia 78 tahun itu.

Seorang lagi pesara, Loh Seng Yan, 61, berkata, tidak menjadi masalah sekiranya orang lain mengenali dirinya sebagai berbangsa Cina.

"Bukan satu masalah selagi mereka bersikap kasar dan keterlaluan terhadap saya dan keluarga. Secara peribadi, saya berpendapat bahawa kesopanan, kebijaksanaan dan diplomasi adalah segala-galanya," tambahnya.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan