Siasat Jho Low Dalam Isu 1MDB - Syed Ali

Diterbitkan: Sabtu, 2 Mei 2015 9:37 AM

Low Taek Jho.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menggesa supaya ahli perniagaan yang terlibat dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Low Taek Jho dipanggil untuk disoal siasat secepat mungkin.

Syed Ali berkata, ahli perniagaan yang turut dikenali sebagai Jho Low itu sepatutnya untuk dipanggil sebelum pasukan khas menjalankan siasatan terhadap badan pelaburan kerajaan itu.

"Terdapat satu nama yang masih disebut-sebut mengenai isu dakwaan penyelewengan dana milik dana pembangunan negara yang diperkatakan. Dan nama itu adalah Low Taek Jho, seorang jutawan," kata Syed Ali menerusi blog Umno Bahagian Cheras pada Jumaat.

"Rakyat masih menunggu jawapan dan begitu juga dengan saya.

"Sebaliknya, Jho Low mengkritik Pemuda Umno dan bersikap tidak acuh mengenai perniagaannya.

"Justeru, ia hanya akan berlaku adil sekiranya Jho Low dan semua yang mempunyai kaitan dengan penggunaan dana itu berhadapan dengan Suruhanajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Jabatan Peguam Negara," tambahnya.

Syed Ali mempersoalkan sama ada Low akan dipanggil untuk disoal siasat memandangkan penyiasatan yang perlahan dalam isu 1MDB.

"Kita tidak boleh lagi bertolak ansur mengenai kelewatan daripada pasukan khas. Jho Low sepatutnya disiasat dengan segera," gesanya sambil menambah bahawa wang yang didakwa 'hilang' itu adalah untuk kegunaan bagi pembangunan dan rakyat.

Menurut laman web Sarawak Report mendakwa Low mempunyai berbilion dolar dana 1MDB menerusi sebuah syarikat yang diterajuinya.

"Jho Low betul-betul berada di tengah masalah yang melanda kewangan 1MDB," kata Syed Ali yang merujuk dakwaan Sarawak Report mengenai dana berjumlah AS$1.93 bilion (RM6.8 bilion) yang dipindahkan 1MDB kepada PetroSaudi.

Jho Low dalam satu temubual dengan majalah Euromoney mendakwa beliau dijadikan sebagai 'kambing hitam' dan membidas semua pihak yang mengkritiknya.

Pemuda Umno menggesa agar siasatan terperinci dilakukan bagi mengesan penglibatan ahli perniagaan Low Taek Jho dalam operasi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas beliau melabelkan parti itu sebagai 'kaki putar belit'.

Jho Low dalam temubual itu mengkritik Pemuda Umno kerana cuba menyalahkan beliau sebagai punca kegagalan 1MDB.

Kabinet telah mengarahkan pengauditan dilakukan terhadap 1MDB yang dikatakan mempunyai hutang hampir RM42 bilion.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan