Calon BN Mohon Kerajaan Kaji Harga Rumah Generasi Kedua Felda

Diterbitkan: Sabtu, 2 Mei 2015 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Prihatin dengan keluhan generasi kedua Felda, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin meminta kerajaan supaya mengkaji semula harga rumah untuk golongan tersebut pada kadar yang lebih munasabah.

Beliau berkata, harga rumah yang ditawarkan kepada golongan tersebut pada ketika ini agak tinggi sehingga menyukarkan mereka untuk memiliki rumah sendiri.

"Saya memahami rintihan serta kegelisahan di kalangan generasi kedua Felda untuk memiliki rumah yang pada fikiran mereka adalah agak tinggi sedikit dan di luar kemampuan mereka.

"Saya sebagai calon ingin merayu kepada pucuk pimpinan supaya dapat mengkaji semula harga rumah ini," katanya kepada pemberita semasa kunjungan ke perumahan generasi kedua di Selendang 1 di sini, Jumaat.

Menurut beliau, harga seunit rumah tersebut ketika ini di antara RM 120,000 sehingga RM 140,000 menyebabkan golongan tersebut tidak mampu memiliki kediaman sendiri.

Untuk mengatasi masalah itu, Hasan turut mencadangkan beberapa syarat seperti tahun pinjaman dipanjangkan dan peneroka mencagarkan tanah mereka bagi membolehkan anak-anak membeli rumah tersebut.

"Kalau biasa 30 tahun, mungkin dapat dipanjangkan ke 35 tahun. Malah kerajaan membenarkan peneroka mencagarkan tanah mereka bagi membolehkan generasi kedua dapat memiliki rumah sendiri," katanya.

Beliau berkata cadangan tersebut patut dipertimbangkan memandangkan Rompin mempunyai 14 tanah rancangan Felda.

"Ramai lagi memerlukan rumah... kita harap dikurangkan lagi kepada harga munasabah," katanya.

Isu rumah generasi kedua menjadi modal PAS untuk menyerang kerajaan yang didakwa gagal diselesaikan sehingga hari ini.

Pada masa sama, Hasan turut berjanji akan terus memperjuangkan masalah yang dihadapi golongan tersebut sekiranya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, 5 Mei ini.

"InsyaAllah andai terpilih, saya akan memperjuangkan nasib generasi kedua yang berdepan masalah untuk memiliki rumah sendiri," katanya.

Tags / Kata Kunci: Felda

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan