Kementerian Pelancongan Peruntuk RM2.25 Juta Untuk P.Pinang Tahun Ini

Diterbitkan: Sabtu, 2 Mei 2015 8:41 PM

MOHAMED NAZRI Aziz ketika menjelaskan kenyataannya pada sidang media di lobi Parlimen pada Khamis lalu.

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan persekutuan menerusi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan memperuntukkan RM2.25 juta untuk pembangunan industri pelancongan di Pulau Pinang, tahun ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata ia meliputi pembiayaan projek menaik taraf 'bypath' Bukit Bendera sebanyak RM1 juta dan selebihnya untuk projek peningkatan kemudahan Sungai Tukun di Taman Negara Pulau Pinang.

"Kementerian Pelancongan memang sudi bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk membangunkan produk pelancongan di Pulau Pinang ke satu tahap lebih tinggi.

"Pertumbuhan industri pelancongan negara kukuh dengan rekod pencapaian 27.4 juta ketibaan dan RM72 billion pendapatan tahun lepas.

"Ia hasil penambahbaikan kemudahan infrastruktur serta kualiti perkhidmatan pelancongan kita," katanya ketika berucap pada perasmian Majlis Penyempurnaan Fasa Dua Pembangunan Bukit Bendera di sini Sabtu.

Terdahulu Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata projek fasa kedua itu antaranya meliputi pembinaan tiga lapis dek pemandangan serta lif, pengukuhan cerun dan ubah suai banglo kereta api Bukit Bendera.

Projek itu dimulakan pada 17 Mac tahun lepas dan siap sepenuhnya pada 30 April melibatkan perbelanjaan sebanyak RM9.05 juta.

Lim yang juga Pengerusi Perbadanan Bukit Bendera berkata pihaknya menjangka kedatangan 1.45 juta pelawat tahun ini dengan sejumlah 1.36 juta pengunjung direkodkan tahun lepas.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan