MP DAP Dikritik Siar Gambar Peserta Himpunan Yang Telah Disunting

Diterbitkan: Sabtu, 2 Mei 2015 7:53 PM

Datuk Ngeh Koo Ham

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Posting di Twitter yang mengkritik laporan media tertentu mengenai perhimpunan bantah GST pada Jumaat telah memakan diri Ketua DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham.

Pada petang Sabtu, Koo Ham menyiarkan imej dari udara yang didakwa diambil di Kuala Lumpur pada Jumaat, menunjukkan ribuan penunjuk perasaan bantah GST berpakaian merah.

"Pandangan udara sebahagian daripada perhimpunan Hancur GST. Media BN berkata hanya 5,000 yang hadir. Anda percaya?," demikian komen yang disertakan bersama gambar yang ditunjukkan.

Pengguna media sosial, bagaimanapun, dengan segera menunjukkan bahawa gambar yang digunakannya telah pun disunting.

Penyuntingan itu juga dilakukan dengan sangat teruk menggunakan teknik 'potong dan tampal' secara berulang-ulang dan bahagian tepi gambar yang bergerigi.

"Saya tidak pasti jika anda perasan dengan bentuk segi empat tepat yang sama dan berulang-ulang ini..." seorang pengguna Facebook membalas posting beliau.

"Sebagai Ahli Parlimen, Adun, peguam, pemimpin gereja & bapa saya terkejut anda tidak melakukan teknik zoom untuk memeriksa sebelum menggunakan foto ini? Kegagalan besar laa," kata @rawnatawil manakala @FaizalKasim berkata, "Wahhh, tahniah. Ia hampir separuh daripada penduduk dunia."

Beribu-ribu penunjuk perasaan berpakaian merah berkumpul di Dataran Merdeka pada Jumaat sebelum berarak ke KLCC untuk membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Tags / Kata Kunci: bantah GST , Datuk Ngeh Koo Ham

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan