Kepentingan Rakyat Diutamakan Dalam Isu Kad Prabayar - Ahmad Shabery

Diterbitkan: Sabtu, 2 Mei 2015 8:07 PM

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

(Ubah saiz teks)

PERMATANG PAUH: Usaha mencari penyelesaian kepada isu kad prabayar harus menjurus kepada kepentingan rakyat dan negara secara keseluruhannya, kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Selain itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata hasil perbincangan dengan semua pihak berkenaan haruslah bersifat 'menang-menang' yang memanfaatkan semua pihak sebelum dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk tindakan selanjutnya.

"Kami akan cari jalan terbaik bagaimana mencari kaedah-kaedah dan pilihan yang sesuai, dan akhirnya menguntungkan rakyat dan negara.

"Dan, saya mahukan pihak telco (syarikat telekomunikasi) juga beri kerjasama serta memahami sentimen rakyat, kerana ini perkara yang tak boleh saya kompromi," katanya kepada pemberita di pusat media Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini, Sabtu.

Sehubungan itu, Ahmad Shabery berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan segera mengadakan perbincangan yang komprehensif dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Komunikasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta syarikat-syarikat telekomunikasi.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan