PRK Rompin: Penyokong PAS Adakan Flashmob Bantah GST

Diterbitkan: Sabtu, 2 Mei 2015 6:35 PM

(Ubah saiz teks)

MUADZAM SHAH: Kira-kira 40 penyokong PAS mengadakan flashmob bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di persimpangan Lebuh Kota di sini, petang Sabtu.

Walaupun dalam keadaan hujan lebat,  mereka tetap tidak berganjak dan meneruskan flashmob dengan menggunakan payung.

Malah, ada penyokong yang sanggup membawa anak-anak kecil yang membawa plakad tertulis 'Katakan tidak pada GST' dan 'GST mencengkam rakyat' dalam flashmob yang berlangsung kurang 20 minit.

Penyokong turut memegang gambar calon PAS, Nazri Ahmad, yang menjadikan GST sebagai modal kempennya untuk menyerang BN pada PRK Rompin.

Nazri yang juga Yang Dipertua PAS Rompin turut menyertai flashmob tersebut selama lima minit.

Turut kelihatan, Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan Tantawi.

Nasrudin sempat bersama penyokong selama lima minit sebelum beredar dari lokasi tersebut.

Beberapa kenderaan turut membunyikan hon kereta sebagai tanda sokongan kepada flashmob tersebut.
Tags / Kata Kunci: PRK Rompin , flashmob bantah GST

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan